32.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 7, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rasuah di pintu masuk negara: 20 pegawai imigresen dibuang kerja

    Shopee Sale

    Seramai 20 orang pekerja imigresen dilaporkan dibuang kerja kerana terlibat dalam kes rasuah melibatkan warga asing di pintu masuk negara melalui sindiket counter setting.

    Keputusan itu dibuat susulan keputusan mahkamah dan siasatan dalaman yang mengambil masa antara enam bulan hingga tiga tahun.

    Ketua Pengarah Imigresen Zakaria Shaaban berkata jumlah yang dibuang kerja tidak termasuk pegawai pengurusan profesional kerana kes mereka dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

    Katanya, pada tahun lalu saja, pihaknya menyelesaikan 254 kes tatatertib dan 199 kes lagi pada tahun ini setakat Rabu lalu, selain baki 74 kes tatatertib bagi pelbagai kesalahan lain yang sedang disiasat.

    MENARIK:  Malaysia nyatakan simpati, sokongan kepada Qatar dan Bahrain

    "Kita akui proses tindakan tatatertib mengambil sedikit masa hingga ada kalanya bertahun kerana siasatan lengkap perlu dibuat bagi mencari bukti diperlukan. 

    “Sebab itu dalam tempoh siasatan, ada yang ditukar penugasan, ada yang diturunkan pangkat, ditahan gaji atau digantung tugas,” dia dipetik sebagai berkata kepada BH.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah