26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 6, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Puad gesa MP Bersatu kembali ke Umno

    Shopee Sale

    Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi, menyindir keadaan dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang didakwanya semakin berpecah dan kehilangan arah, sambil menggesa wakil rakyat parti itu supaya kembali ke pangkuan Umno.

    Melalui satu kenyataan di media sosial, Puad menegaskan dia tidak melihat sebarang masalah bagi dirinya untuk mengulas mengenai krisis dalaman Bersatu walaupun ada pihak yang mempersoalkan tindakannya.

    “Ada orang bising, kenapa saya sibuk pasal rumah tangga Bersatu. Apa masalahnya? Bersatu adalah lawan Umno yang tumbangkan Umno di PRU ke-14 tahun 2018.

    “Bahkan penubuhan Bersatu memang untuk membunuh dan menggantikan Umno,” katanya sambil menambah usaha itu bagaiamapun akhirnya gagal.

    “(Bekas Presiden Bersatu) Tun M (Dr Mahathir Muhamad) dan (Presiden Bersatu) Muhyiddin (Yassin) gagal. Tun M sudah ditendang dari Bersatu. Kini giliran Muhyiddin pula,” katanya.

    Kenyatan itu dibuat ketika ketegangan dalaman yang semakin memuncak dalam Bersatu, susulan beberapa pemimpin dan bahagian dilaporkan tidak puas hati dengan arah kepimpinan parti.

    Sebelum ini, ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah menggesa Muhyiddin meletakkan jawatan selepas mendakwa dia telah kehilangan mutu kepimpinan yang pernah dimilikinya ketika menubuhkan parti itu.

    Saifuddin turut menegaskan Muhyiddin kini tidak lagi menonjolkan ciri-ciri kepimpinan berasaskan adab, ilmu dan kemahiran seperti dahulu.

    MENARIK:  Kelemahan tatakelola DBKL, tiada elemen jenayah - SPRM

    Malah, dalam satu sidang akhbar, Saifuddin memberi gambaran kemungkinan lebih 19 daripada 25 ahli parlimen Bersatu tidak bersetuju dengan tindakan disiplin yang dikenakan terhadap tiga ahli parlimen parti itu yang mencetukan pertikaian dalaman.

    Mereka dilaporkan membantah tindakan lembaga disiplin parti memanggil Timbalan Presiden Hamzah Zainuddin, selain pemecatan Wan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan dan penggantungan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

    Pada masa sama, Wan Ahmad Fayhsal juga mendakwa Muhyiddin mempunyai personaliti yang sukar didekati, menyebabkan ramai pemimpin akar umbi lebih cenderung kepada ahli parlimen Larut itu.

    Mengulas lanjut, Puad, yang juga Adun Rengit, turut menyatakan keyakinan bahawa Bersatu kini berada di ambang kehancuran.

    “Sudah tentu saya akan memastikan Bersatu tutup kedai.

    “Wan Ahmad Fayhsal mendedahkan Hamzah akan menang jika dia lawan Muhyiddin. Hamzah kata Wan Ahmad Fayhsal belanja banyak duit untuk parti. Muhyiddin pula sukar didekati,” katanya.

    Namun, menurut Puad, realitinya tidak semudah itu.

    “Pokoknya Hamzah tidak mempunyai peluang untuk lawan Muhyiddin. Tapi ramai MP memihak kepadanya. Dia boleh guna senjata itu untuk tawar menawar.

    “Kembalilah kepada Umno. Ini bukan soal gila talak. Tapi Bersatu sendiri sudah bercerai berai,” katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah