Perdana Menteri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita atas pemergian tokoh sarjana sejarah tersohor tanah air, Prof Emeritus Datuk Dr Ahmat Adam, yang dilaporkan meninggal dunia petang tadi.
Dalam kenyataannya, Anwar menyifatkan pemergian Ahmat sebagai satu kehilangan besar kepada negara.
“Negara ternyata telah kehilangan seorang sarjana besar yang sepanjang hayatnya menegakkan keteguhan ilmu dan menumpahkan seluruh bakti dalam memperkasa jati diri bangsa melalui sejarah,” katanya.
Anwar turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham serta mendoakan agar mereka diberi kekuatan menghadapi kehilangan tersebut.

“Negara ternyata telah kehilangan seorang sarjana besar yang sepanjang hayatnya menegakkan keteguhan ilmu dan menumpahkan seluruh bakti dalam memperkasa jati diri bangsa melalui sejarah.
"Salam takziah buat seluruh keluarga atas pemergian allahyarham. Mendoakan keluarganya diberi ketabahan serta kecekalan yang tinggi serta dikurniakan rahmat ke atas rohnya, dan ditempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah,” katanya lagi.
Ahmat Adam, yang terkenal dengan karya dan pandangan kritis dalam sejarah sosial dan politik Melayu, meninggalkan legasi ilmiah yang penting kepada dunia akademik tempatan.





