Perdana Menteri Anwar Ibrahim sedia maklum dengan isu yang membabitkan Kuil Dewi Seri Pathrakaliamman dan mahu perkara itu diselesaikan dengan baik.
Demikian penegasan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi R Ramanan.
Menurutnya perbincangannya bersama Anwar mengenai perkara itu sudah berlangsung beberapa kali.
“Saya sudah berbincang dengan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri beberapa kali berkaitan isu ini.
“Perdana menteri mengambil berat mahu isu ini diselesaikan dengan baik,” katanya kepada media di Kuala Lumpur, hari ini.
Dia berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Kuil Dewi Seri Pathrakaliamman.