29.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM Anutin: Rundingan damai jalan terbaik tamat konflik selatan Thailand

    Shopee Sale

    Kerajaan Thailand di bawah pimpinan Perdana Menteri baru, Anutin Charnvirakul komited untuk mencari penyelesaian yang berkekalan menamatkan konflik di selatan Thailand.

    Anutin yang dipilih sebagai Perdana Menteri ke-32 Thailand selepas memperoleh majoriti di Parlimen pada 5 Sept yakin rundingan adalah pendekatan terbaik dan berkesan untuk mewujudkan keamanan di selatan Thailand.

    “Kementerian Luar, Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri (ISOC), Polis dan Majlis Keselamatan Negara Thailand (NSC) akan terlibat dalam rundingan yang bakal diadakan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja pertama ke Pattani dan Songkhla pada Sabtu.

    MENARIK:  PAS ada sedikit kejutan, bentang enam usul esok

    Malaysia merupakan pemudah cara bagi proses rundingan damai itu.

    Bekas Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohd Rabin Basir dilantik sebagai Fasilitator Kerajaan Malaysia yang baharu bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand berkuat kuasa 1 Julai lepas.

    Pada Sabtu lepas, Kerajaan Thailand melantik bekas Setiausaha Agung NSC, Jeneral Somsak Rungsita, sebagai ketua delegasi rundingan damai dengan Barisan Revolusi Nasional (BRN).

    Proses rundingan damai itu bertujuan mencari penyelesaian untuk menamatkan konflik di wilayah selatan Narathiwat, Yala, Pattani, dan sebahagian Songkhla.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah