31.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PKR belum muktamad calon PRN Sabah – Saifuddin

    Shopee Sale

    Pengarah Bersama Pilihan Raya PKR Pusat Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu masih belum memuktamadkan senarai calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal diadakan.

    Menurutnya, proses rundingan kerusi kini berada di fasa akhir dan padanan antara kerusi serta calon masih dalam peringkat perbincangan.

    "Sehingga watikah diserahkan, tiada siapa tahu siapa calon. Rundingan kerusi sedang memasuki fasa akhir, jadi padanan antara kerusi dan calon pun belum dimuktamadkan.

    "Kebiasaan parti akan mengumpulkan sejumlah nama calon berpotensi yang diperoleh daripada pelbagai peringkat parti termasuk pusat, negeri dan cabang.

    "Nama-nama ini boleh jadi terpilih akhirnya, boleh jadi tidak. Inilah cara Keadilan (PKR) sejak sekian lama," katanya kepada Malaysiakini.

    Dia berkata demikian sebagai mengulas dakwaan mengatakan terdapat calon “payung terjun” yang bakal diketengahkan oleh PKR pada PRN Sabah kali ini.

    Sebelum ini Malaysiakini melaporkan PKR Sabah mungkin berdepan dengan pergeseran dalaman dengan lebih separuh daripada ketua cabang di negeri itu mendakwa pemimpin dari Kuala Lumpur campur tangan dalam peranancangan kempen serta penentuan calon pilihan raya.

    Kegelisahan itu muncul ketika Sabah bakal melaksanakan PRN kurang dari 60 hari dari sekarang.

    Tiga sumber memberitahu, 17 ketua cabang dan timbalan ketua cabang mengadakan mesyuarat sulit di Kota Kinabalu pada Khamis lalu ekoran rasa tidak puas hati mereka dengan apa yang disifatkan sebagai “pengambilalihan pusat” bagi jentera parti dan calon.

    Punca rasa tidak puas hati mereka ialah isu "calon payung terjun" yang dikatakan dicadangkan oleh pemimpin dari Kuala Lumpur.

    Antara individu yang didakwa dipilih untuk diletakkan sebagai calon dalam PRN nanti ialah bekas Adun Tenom, Jamawi Jaafar, seorang bekas ahli Umno yang kemudian menyertai Warisan sebelum beralih kepada PKR pula.

    Calon lain yang disebut ialah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Ruji Ubi, serta anak Yang di-Pertua Negeri Sabah, Yamani Hafez Musa.

    MENARIK:  Sekolah bukan tempat untuk tabiat buruk berakar umbi, kata MMA

    Nama-nama itu terdedah selepas senarai calon – dipercayai dibocorkan oleh orang dalam parti – tular di media sosial.

    Dalam perkembangan sama, Pengerusi PKR Sabah Mustapha Sakmud, juga didakwa tidak bertindak seperti yang diharapkan ketika kepimpinan pusat tidak mengendahkan keputusan ketua cabang.

    Ada yang percaya Presiden PKR Anwar Ibrahim mungkin tidak mengetahui situasi sebenar yang berlaku di peringkat bawah apabila laporan kepadanya "ditapis" oleh jawatankuasa pilihan raya pusat yang diketuai oleh Saifuddin bersama Nurul Izzah Anwar.

    Sumber itu juga mendakwa Jawatankuasa Pilihan Raya PKR Sabah – yang diketuai oleh Peto Galim – sudah diketepikan oleh pihak pusat.

    Ruji calon ketua menteri pilihan Anwar?

    Sementara itu, satu sumber dalaman parti memberitahu bahawa Ruji kemungkinan akan bertanding di DUN Merotai di Tawau.

    Ini selepas Anwar sendiri mengumumkan Ruji telah menyertai parti itu semasa acara bertemu rakyat di Merotai baru-baru ini.

    "Ruji berasal dari Tawau. Dan dia terkenal di kalangan penduduk Sabah.

    "Selain Ruji dijangka akan bertanding di DUN Merotai, dia juga dikatakan sebagai calon ketua menteri untuk PKR.

    "Dia bukan pilihan Saifuddin atau Nurul, tapi presiden sendiri," kata sumber itu.

    Selain pernah menjadi ketua setiausaha KPM, Ruji juga pernah menyandang jawatan yang sama di Kementerian Dalam Negeri (KDN) selain menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

    Semasa berkhidmat di KDN, Ruji membantu membina tapak ICQS di Bantul, Nabawan, dan ICQS Serudong di Kalabakan, memperoleh pembiayaan untuk Ibu Pejabat Polis (IPD) baru di Nabawan dan IPD Kalabakan, serta membuka Pejabat Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara di Kalabakan, Tawau.

    Penyandang kerusi DUN Merotai ketika ini ialah Sarifuddin Hata daripada Warisan yang menang dalam PRN 2020 dengan majoriti 1,587 undi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah