27.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 26, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Perpustakaan rayu pembeli pulangkan buku yang dicuri

    Shopee Sale

    Dua perpustakaan yang menjadi mangsa kecurian buku tampil merayu agar buku-buku milik mereka yang dijual oleh pencuri terbabit dapat dipulangkan semula.

    Pengurus Perpustakaan Nur Az-Zahra, Zaidi Hassan berkata, selepas pesalah yang disabit dengan dengan kesalahan mencuri itu dihukum pada Rabu lalu, hanya beberapa orang pembeli yang menyatakan hasrat untuk berbuat demikian.

    “Setakat ini hanya beberapa orang pembeli buku-buku yang dicuri daripada perpustakaan kami menyatakan hasrat untuk pulangkan buku yang dibeli mereka.

    “Saya bagi pihak pengurusan Perpustakaan Nur Az-Zahrah merayu kepada pembeli buku yang mempunyai cop perpustakaan kami agar dapat bermurah hati memulangkan buku itu ke perpustakaan,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

    Zaidi berkata, buku-buku koleksi perpustakaan itu merupakan harta wakaf dan tidak pernah melalui proses pelupusan sama sekali.

    “Seandainya buku yang dibeli itu mempunyai cop ‘dilupuskan’ itu bukan cop dari perpustakaan, ia dibuat untuk mengelirukan pembeli daripada mengesyaki buku-buku itu sebenarnya telah dicuri.

    “Kerjasama semua pihak sangat dihargai, semoga Allah membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran,” tambahnya.

    Khamis lalu, Malaysiakini melaporkan seorang bapa kepada empat anak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kota Bharu, Kelantan, atas kesalahan mencuri buku perpustakaan dan menyimpan harta curi.

    MENARIK:  Pemimpin MCA tidak berpuas hati presiden diberi jawatan 'tidak sepadan'

    Majisteret Rais Imran Hamid menjatuhkan hukuman dua bulan penjara bagi setiap pertuduhan terhadap tertuduh Mohd Farahimee Ibrahim, 51, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

    Pada 14 Okt lalu melaporkan kegiatan seorang individu mencuri buku perpustakaan terbongkar selepas ditahan pihak polis.

    Perbuatan suspek dikesan selepas aktivitinya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) selain pihak perpustakaan mendapati buku-buku yang dicuri dijual dalam talian melalui media sosial.

    Sementara itu seorang kakitangan Perpustakaan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) yang enggan namanya disiarkan berkata pihaknya amat berbesar hati jika pembeli buku-buku yang mempunyai cop ‘Perpustakaan Islam Maik’ agar dapat memulangkan kembali koleksi buku mereka.

    “Untuk makluman semua, perpustakaan kami tidak pernah melaksanakan aktiviti pelupusan bahan. Justeru itu, buku-buku dan bahan bacaan berkenaan telah diambil secara tidak sah dari perpustakaan kami.

    “Terdapat juga bahan-bahan berkenaan yang merupakan sebahagian dari harta waqaf. Kami amat menghargai jasa dan budi baik semua,” katanya yang turut memaklumkan terdapat pembeli yang sudah memulangkan buku dibeli mereka.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah