31.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pendakwaan akan fail bantahan awal terhadap permohonan Muhyiddin

    Shopee Sale

    Pihak pendakwaan akan mengemukakan bantahan awal terhadap permohonan bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, bagi merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

    Timbalan pendakwa raya, Razali Che Ani, memaklumkan perkara itu kepada hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Muhammad Jamil Hussin, ketika pengurusan kes berkenaan hari ini.

    Terdahulu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Muhyiddin memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk merujuk persoalan undang-undang itu di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, berhubung kes hasutan ahli politik terbabit pada 4 April.

    “Untuk makluman mahkamah, pihak kami telah memfailkan afidavit sokongan dan kami juga akan memfailkan afidavit tambahan bagi menyokong permohonan tersebut.

    “Memandangkan notis permohonan itu masih belum dimeterai, kami memohon agar mahkamah ini menetapkan tarikh pengurusan kes selanjutnya dan memohon agar kehadiran anak guam dikecualikan pada prosiding akan datang,” katanya yang turut dibantu peguam Joshua Tay.

    Muhammad Jamil kemudian menetapkan 29 April ini untuk pengurusan kes selanjutnya dan membenarkan permohonan pembelaan agar kehadiran Pengerusi PN itu dikecualikan pada prosiding akan datang.

    MENARIK:  PRN Sabah: Keputusan kerjasama BN diputuskan ibu pejabat - Mat Hasan

    Kes itu pada asalnya disebut di Mahkamah Sesyen Gua Musang, Kelantan pada 27 Ogos 2024 sebelum dipindahkan ke mahkamah tinggi di Kuala Lumpur.

    Muhyiddin, 77, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri di Dewan Semai Bakti Felda Perasu, antara 10.30 malam hingga 11.50 malam, 14 Ogos 2024.

    Kenyataan menghasut itu berkenaan dakwaan dia tidak dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong selepas PRU ke-15 untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri walaupun mendakwa mempunyai sokongan 115 daripada 222 ahli parlimen pada masa itu.

    Muhyiddin didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah subseksyen 4 (1) akta sama, membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

    Pendakwaan turut dikendalikan timbalan pendakwa raya Azlina Rasdi, Nadia Mohd Izhar dan Abdul Malik Ayob.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah