28.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 29, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pemuda jual koleksi kad Pokemon, raih RM1.87 juta

    Shopee Sale

    Seorang pengumpul kad Pokemon dari Shah Alam, Damiral Imran, mencuri perhatian warganet apabila memaklumkan kejayaannya menjual keseluruhan koleksi kad Pokemon dengan nilai mencecah RM1.87 juta melalui hantaran di Facebook pagi tadi.

    Damiral menyifatkan pencapaiannya sebagai detik bersejarah dalam komuniti Pokemon tempatan kerana usaha yang dibina sejak setahun lalu akhirnya membuahkan hasil apabila koleksi tersebut berjaya dijual pada harga hampir menyamai nilai pasaran semasa, iaitu RM2,025,532.75.

    “Koleksi kad Pokemon saya secara rasminya terjual dengan harga RM1,870,000.

    "Daripada sebuah bilik kecil di Shah Alam sehingga berjaya mencipta sejarah di dunia Pokemon," kata Damiral pada perkongsianp di laman Facebook Pokemon Trading Cards & Collectibles Malaysia (PTTC Malaysia).

    “Ini lebih daripada sekadar jualan, ini adalah kisah tenang minat, kegigihan dan legasi. Dari sekadar mencipta legasi, kejayaan ini menandakan salah satu detik penting dalam perjalanan hidup saya.

    “Setiap kad, kotak dan dalam malam-malam tanpa tidur itu semuanya berbaloi. Ini bukanlah pengakhiran, tetapi ia hanyalah permulaan kepada sesuatu yang lebih hebat. Terima kasih atas semuanya,” katanya lagi.

    Hantaran itu turut disertakan gambar memaparkan ratusan kad Pokemon tersusun tinggi di ruang kediamannya — jelas menunjukkan betapa besar dan bernilainya koleksi tersebut — sehingga mengundang rasa kagum peminat dalam dan luar negara.

    Setahun kumpul lebih 2,500 kad

    Pemuda berusia 25 tahun yang berasal dari Pulau Pinang dan kini menetap di Shah Alam itu dilaporkan mula mengumpul kad pada Ogos tahun lalu, bermula dengan kad One Piece sebelum beralih sepenuhnya kepada kad Pokemon pada Jun tahun ini.

    Sepanjang tempoh itu, lebih 2,500 kad berjaya dikumpul, melibatkan anggaran harga antara RM2 hingga RM50,000 setiap satu.

    MENARIK:  Anutin Charnvirakul PM baru Thailand

    Untuk melengkapkan koleksi idamannya, Damiral sanggup merantau ke pelbagai negara termasuk Jepun, Jerman, Itali, United Kingdom, Hong Kong, Indonesia, Thailand dan Singapura.

    “Setiap perjalanan itu ada misi, nak cari satu kad yang berharga dan bersejarah,” katanya.

    Antara kad paling bernilai dalam koleksinya ialah:

    • Hiroshima Pikachu Poncho Magikarp Gyarados dari Jepun – RM153,000

    • 2016 Pokemon JPN Expansion 20TH ANV 1ST ED dari AS – RM17,000

    • 2023 Pokemon SVP Pokemon X Van Gogh dari AS – RM10,000

    Kesemua kad itu akhirnya dibeli secara “one shot” oleh seorang usahawan, Tay Wee Shen.

    Usahawan, bekas pelajar tahfiz

    Selain dikenali sebagai pengumpul kad terkemuka, Damiral turut mengusahakan dua perniagaan — sebuah bakeri dan sebuah farmasi — yang beroperasi di Pulau Pinang dan Kedah. Dia juga merupakan bekas pelajar Madrasah Tahfiz Mengkuang Titi.

    Sebelum jualan itu dimuktamadkan, hantaran Damiral di PTTC Malaysia sempat tular apabila dia menawarkan koleksinya dengan harga RM1.87 juta. Bagi menambah daya tarikan, dia turut menawarkan beberapa pilihan istimewa:

    • Tukar beli (trade-in): Porsche 911 Carrera 4S + tunai RM1 juta

    • Komisen RM50,000 kepada pencari pembeli

    • Kad One Piece bernilai lebih RM50,000 secara percuma kepada pembeli

    Menurut laman kewangan Money.co.uk, kad Pokemon mula diperkenalkan di Jepun pada tahun 1996.

    Sehingga kini, lebih 34.1 bilion kad telah dijual di seluruh dunia.

    Beberapa edisi langka turut mencetus fenomena lelongan dengan nilai mencecah ratusan ribu ringgit.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah