29.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PDRM simpul tiada alasan munasabah beri sokongan pada Pannir

    Shopee Sale

    Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyimpulkan tiada alasan munasabah untuk pihaknya memberi sokongan kepada seorang warga Malaysia di Singapura, Pannir Selvam Pranthaman yang dijadualkan berdepan hukuman mati esok berhubung kes pengedaran dadah rentas sempadan Malaysia-Singapura.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri, Shamsul Anuar Nasarah berkata kesimpulan itu dibuat selepas polis menjalankan dua kali siasatan namun maklumat yang diberikan suspek tidak mempunyai sebarang nilai operasi bagi PDRM.

    "Kesimpulannya dalam kedua tempoh (siasatan) tersebut PDRM telah meneliti setiap aspek siasatan dan menyimpulkan bahawa tiada alasan munasabah yang mewajarkan PDRM menyatakan sokongan terhadap suspek.

    "Maklumat yang berikan suspek tiada nilai operasi bagi pihak PDRM menjalankan siasatan lanjut," katanya pada sesi Kamar Khas Dewan Rakyat petang ini.

    Menurut Shamsul, sepanjang siasatan polis turut membuat beberapa tangkapan terhadap individu yang dinamakan Pannir. Namun hasil siasatan mendapati mereka tiada kaitan dengan kes suspek.

    Dia berkata Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, turut menggunakan saluran diplomatik dengan rakan sejawatannya di Singapura untuk meneliti kes berkenaan sehingga membolehkan Pannir mendapat penangguhan hukuman mati sebelum ini.

    Pannir disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 2 Mei 2017 kerana mengimport tidak kurang daripada 51.84 gram diamorphine dan dijatuhkan hukuman mati mandatori.

    MENARIK:  Empat imam tak baca khutbah Jumaat JAIPk isu fitnah digantung tugas

    Rayuannya kemudian ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 9 Feb 2018, manakala petisyen pengampunan kepada Presiden Singapura juga tidak diterima.

    Sejak itu, Pannir diberikan dua kali penangguhan hukuman mati. Kali pertama pada Mei 2019 atas dasar hasratnya untuk mencabar penolakan petisyen pengampunan serta keputusan pendakwa raya tidak mengeluarkan sijil bantuan substantif kepadanya.

    Penangguhan kedua diberikan pada Februari 2025 sementara menunggu keputusan permohonan pasca rayuan dalam kes hukuman mati (PACC).

    Namun, Mahkamah Rayuan Singapura menolak permohonannya untuk penangguhan pada 6 Sept lalu.

    Dalam prosiding hari ini, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Ramkarpal Singh membangkitkan persoalan sama ada maklumat yang diberikan Pannir ketika siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

    Menjawab pertanyaan itu, Shamsul berkata pihak polis memang merujuk kertas siasatan kepada Pendakwa Raya dan turut membuka kertas operasi.

    "Polis buka kertas operasi untuk develop maklumat namun tiada bukti mencukupi untuk meneruskan risikan.

    "Kementerian itu telah dengan begitu teliti melakukan pelbagai usaha menjalankan siasatan oleh PDRM dengan lebih lanjut dan mendapati tiada nilai operasi yang berhasil," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah