27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PBB: Hampir 26 juta rakyat Sudan alami krisis makanan yang teruk

    Shopee Sale

    GLOBAL | Jurucakap PBB Stephane Dujarric pada Selasa menyuarakan kebimbangan mengenai situasi makanan yang semakin kritikal di Sudan.

    Dujarric berkata bahawa hampir 26 juta penduduk Sudan termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak mengalami masalah kekurangan makanan yang teruk.

    Daripada jumlah itu, 750,000 orang berada di ambang kebuluran, yang diukur sebagai fasa lima dalam Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC).

    "Rakyat Sudan kini berdepan dengan senario terburuk," kata Dujarric.

    Sudan berdepan krisis akibat pertempuran antara angkatan tentera pimpinan Jeneral Abdel Fattah al-Burhan dan Rapid Support Forces (RSF) yang diketuai bekas timbalannya Mohamed Hamdan Daglo.

    Sekurang-kurangnya 12,260 orang terbunuh dan lebih 33,000 cedera sejak konflik tercetus pada April 2023, menurut angka PBB.

    MENARIK:  Salah faham punca air di UMS tak stabil, kata timb menteri

    Krisis kemanusiaan semakin meruncing dengan hampir 6.8 juta orang terpaksa melarikan diri dan mencari perlindungan di dalam negara atau di negara-negara jiran.

    Beberapa perjanjian gencatan senjata yang diusahakan oleh Arab Saudi dan Amerika Syarikat gagal menghentikan keganasan.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah