26.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MP kemuka usul tergempar isu undangan pada Trump, pemain warisan

    Shopee Sale

    Beberapa anggota parlimen mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat bagi membahaskan isu kewarganegaraan yang melibatkan pemain bola sepak dan undangan kerajaan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

    Kedua-dua usul itu, yang dikemukakan bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), menggesa Dewan Rakyat membahaskan isu-isu tersebut bagi menangani kebimbangan awam yang semakin meningkat.

    Secara khusus, Chong Zhemin (PH-Kampar) meminta parlimen membincangkan alasan diberikan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) di sebalik keputusannya mengenakan sekatan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain warisan.

    Dalam surat kepada setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin, anggota parlimen DAP itu menekankan bahawa perkara itu menimbulkan persoalan serius mengenai ketelusan tadbir urus sukan negara, proses naturalisasi atlet, dan tahap pengawasan ke atas dokumen rasmi negara.

    Surat itu menyebut bahawa terdapat kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang melibatkan pemalsuan dokumen rasmi, yang memerlukan penyiasatan menyeluruh dan tindakan segera pihak berkuasa.

    Dia menambah bahawa parlimen perlu membahaskan dan memutuskan langkah segera kerajaan, termasuk menjelaskan kepada awam mengenai tindakan pentadbiran, tatatertib, dan undang-undang yang akan diambil terhadap FAM dan mana-mana individu yang terlibat dalam dakwaan salah laku.

    Selain menetapkan garis panduan dan prosedur yang lebih ketat untuk mengesahkan dokumen bagi naturalisasi atlet, dia juga menggesa audit komprehensif bagi semua kes naturalisasi atlet yang sedang berjalan untuk memastikan pematuhan undang-undang dan peraturan yang berkaitan.

    Usul itu seterusnya mendesak penubuhan suruhanjaya siasatan diraja untuk menyiasat punca kegagalan dalam proses pengesahan dan menentukan sama ada terdapat pemalsuan dokumen rasmi negara.

    Malam tadi, Fifa menegaskan bahawa tujuh pemain warisan Harimau Malaya yang diberi kewarganegaraan Malaysia tidak mempunyai datuk atau nenek yang lahir di negara ini seperti didakwa.

    Badan bola sepak global itu juga mendedahkan ia memperoleh dokumen kelahiran asal datuk dan nenek pemain-pemain itu yang didakwa "lahir di Malaysia", yang bercanggah dengan dokumen yang didakwa dipinda yang diserahkan oleh pihak Malaysia.

    Fifa meragui pengesahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terhadap dakwaan pertalian darah pemain itu dengan Malaysia.

    MENARIK:  ULASAN | Dajal dalam politik ketakutan Hadi

    Dalam kenyataan balas terhadap pendedahan mengejut Fifa, FAM mengekalkan pendiriannya, menolak dakwaan dokumen dipinda dan berpendapat Fifa tidak memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan pemalsuan.

    FAM bertegas ia terikat oleh Akta Rahsia Rasmi dan Akta Pasport daripada mendedahkan bukti yang menyokong dakwaannya secara terbuka, selain berkata akan memfailkan rayuan rasmi terhadap keputusan Fifa, yang sebelum ini dikatakan sebagai "kesilapan teknikal".

    ‘Memihak pada kebenaran, biar siapa pun datang’

    Dalam kenyataan hari ini, Amzad Hashim (PN-Kuala Terengganu) berkata Speaker Dewan Rakyat semalam menerima usulnya untuk membahaskan jemputan Perdana Menteri Anwar Ibrahim kepada Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-47 di Kuala Lumpur.

    Usul itu, katanya, perlu disegerakan memandangkan Sidang Kemuncak Asean dijangka berlangsung dalam masa kurang daripada sebulan, dan keputusan parlimen penting untuk memastikan Malaysia tidak dilihat sebagai mengiktiraf "pemimpin yang menyokong kezaliman Zionis".

    “Saya berharap Tan Sri Yang di-Pertua Dewan Rakyat akan mempertimbangkan dan meluluskan usul ini untuk dibahaskan segera, demi memastikan pendirian tegas Malaysia terhadap Palestin dan keadilan sejagat tidak dikompromikan.

    “Malaysia mesti berdiri di sisi kebenaran walau siapa pun tetamu yang datang,” katanya.

    Sebelum ini, kerajaan menjelaskan bahawa sebagai pengerusi Asean tahun ini, Malaysia wajib menjemput semua rakan dialog ke sidang kemuncak itu. Ia berkata peluang itu akan digunakan untuk menyampaikan pendirian Malaysia mengenai Gaza secara langsung kepada Trump.

    Walaupun Malaysia kekal prihatin terhadap penderitaan Palestin, kerajaan mengekalkan pendirian bahawa ia mesti menilai objektif di sebalik jemputan rasmi Asean kepada Trump.

    Semalam, Timbalan Menteri Luar Mohamad Alamin memberitahu anggota parlimen Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal agar tidak "lebih Hamas daripada Hamas."

    Timbalan menteri berkata demikian sebagai jawapan kepada soalan tambahan anggota parlimen Bersatu itu, yang menyatakan kekecewaan dengan justifikasi kerajaan terhadap jemputan Trump.


    Laporan oleh Qistina Nadia Dzulqarnain, Alyaa Alhadjri, Haspaizi Zain

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah