26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Menteri gesa polis siasat video tular wanita Dayak kena maki isu kaum

    Shopee Sale

    Polis digesa menjalankan siasatan segera terhadap satu video tular mengenai seorang jurujual wanita berketurunan Dayak yang didakwa diugut dan dimaki seorang lelaki, termasuk melibatkan perkataan berbaur perkauman dalam insiden di Central i-City Shah Alam baru-baru ini.

    Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata tindakan sewajarnya harus dikenakan kepada pelaku, sambil menyifatkan perbuatan berbaur perkauman dan tidak bertamadun, malah bertentangan dengan prinsip Rukun Negara itu harus ditangani secara serius.

    "Insiden seperti ini tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat berbilang bangsa dan agama di negara ini. Setiap individu berhak untuk dihormati tanpa mengira latar belakang etnik, agama, atau status sosial mereka.

    MENARIK:  Status kerusi enam wakil rakyat Bersatu diputuskan speaker - Zahid

    "Kementerian Perpaduan Negara tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penghinaan terhadap mana-mana kaum di negara ini," katanya dalam kenyataan.

    Aaron turut mengingatkan kepada semua rakyat Malaysia agar terus menjaga keharmonian dan perpaduan negara dengan saling hormat-menghormati dan memahami antara satu sama lain.

    Terdahulu, tular menerusi aplikasi TikTok rakaman video berserta kapsyen yang mendakwa seorang jurujual wanita berketurunan Dayak, diugut dan dimaki pelanggannya termasuk berbaur perkauman, dipercayai berpunca daripada perselisihan faham dalam transaksi jual beli.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah