26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Mahkamah AS arahkan Jho Low lucut hak berlian untuk ibu

    Shopee Sale

    Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low diperintah melucutkan hak berlian dibeli untuk ibunya yang didakwa dengan menggunakan dana yang diselewengkan daripada 1MDB.

    Menurut Bloomberg, Hakim Mahkamah Persekutuan di Los Angeles Dale Fischer membuat perintah itu pada Isnin.

    Laporan itu menyebut bahawa barang kemas itu terdiri daripada cincin berlian 7.35 karat yang dianggarkan bernilai kira-kira AS$1.17 juta (RM5.5 juta) serta sepasang subang berlian bernilai kira-kira AS$628,000 (RM2.9 juta). Kedua-duanya adalah rekaan pereka New York Lorraine Schwartz, telah mereka bentuk untuk selebriti seperti Beyonce dan Adele.

    Pendakwa raya AS berkata Schwartz juga membuat kalung berlian merah jambu bernilai AS$23 juta (RM107.7 juta) untuk Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang dipenjarakan.

    Jun lalu, Jho Low mencapai persetujuan dengan Jabatan Kehakiman AS untuk mengembalikan aset lebih AS$100 juta (RM468 juta) iaitu yang didakwa daripada aset AS$4.5 bilion yang diselewengkan daripada dana 1MDB.

    MENARIK:  Tommy Thomas bantah pernyataan saksi Najib kes saman fitnah

    Bloomberg melaporkan bahawa Fischer turut mengarahkan bekas peguam 1MDB, Jasmine Loo supaya melucutkan hak lakaran pensel lukisan Pablo Picasso berjudul 'Trois Femmes Nues et Buste d'Homme' yang dibelinya sekitar AS$1.4 juta (RM6.5 juta).

    Dalam perintah itu, Loo, yang telah didakwa di Malaysia dan memberi keterangan terhadap Najib, juga bersetuju untuk menyerahkan AS$25,000 (RM117,000) yang disimpan dalam akaun bank Switzerland, kata laporan itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah