29.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lima ditahan, dikejar polis dari Gua Musang ke Raub

    Shopee Sale

    Lima individu termasuk dua lelaki tempatan ditahan selepas dikejar polis dari Gua Musang dan berakhir di hadapan Balai Polis Dong, Raub semalam.

    Ketua Polis Daerah Raub Supt Mohd Shahril Abdul Rahman berkata dalam kejadian pada 10.15 pagi itu, pasukan peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang telah mengesan sebuah kereta Proton Preve yang dinaiki lima individu di Jalan Tanah Putih, Gua Musang, Kelantan.

    Beliau berkata ketika diminta memberhentikan kenderaan, pemandu enggan berbuat demikian dan memecut sejauh kira-kira 80 kilometer sebelum terbabas di hadapan Balai Polis Dong selepas melanggar tiang lampu isyarat serta sebuah kenderaan lain.

    Mohd Shahril berkata pemeriksaan mendapati terdapat tiga wanita warga Indonesia tanpa dokumen sah bersama 34 biji pil disyaki dadah jenis yaba dan satu peket dipercayai syabu di dalam kenderaan itu.

    MENARIK:  BNM, perbendaharaan akan teliti laporan terkini KDNK Malaysia oleh IMF - PM

    “Siasatan awal mendapati dua suspek lelaki tempatan pula berperananan sebagai pengangkut atau transporter migran yang menerima bayaran bagi membawa warga asing dari Kelantan ke Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan semalam.

    Mohd Shahril berkata siasatan lanjut turut mendapati nombor pendaftaran kereta itu juga palsu.

    Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah