30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    KPM zahir takziah pelajar temui ajal ketika rentas desa

    Shopee Sale

    Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.

    KPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya komited memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan murid sentiasa diberi perhatian.

    Terdahulu, KPM menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar di Kuala Pilah dekat Seremban iaitu Nuqman Naufal Shamsul Fadzli yang meninggal dunia ketika menyertai aktiviti merentas desa semalam.

    “KPM menyeru semua pihak untuk menghormati privasi keluarga Allahyarham Nuqman Naufal.

    "Pada masa sama, KPM telah mengambil tindakan segera untuk memberi bantuan kebajikan kepada pihak keluarga,” katanya.

    Nuqman Naufal,14, meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa.

    MENARIK:  Mata wang kripto tak wujud: Pesara ditipu rugi lebih RM500,000

    Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah DSP Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata keterangan bapa pelajar itu mendapati Nuqman Naufal menghidap jantung berlubang pada 2016 dan mempunyai kad rawatan dari Institut Jantung Negara selain sentiasa dibekalkan dengan ubat-ubatan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah