28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 27, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Keluarga wanita tinggal setahun di KLIA terminal 1 masih gagal dikesan

    Shopee Sale

    Ahli keluarga wanita tempatan yang didakwa tinggal selama setahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 masih tidak dapat dikesan.

    Ketua Polis Daerah KLIA ACP Azman Shari'at berkata wanita yang ditahan pada 18 Dis lepas, kini masih menerima rawatan di Hospital Kajang.

    “Setelah keadaannya stabil dan sesuai, wanita berkenaan berkemungkinan akan ditempatkan di pusat penjagaan yang bersesuaian,” katanya ketika dihubungi di Putrajaya hari ini.

    Azman berkata punca sebenar wanita itu berada di KLIA Terminal 1 untuk tempoh yang lama masih dalam siasatan.

    MENARIK:  Hai Mandak! kumpul dana bantu pengundi muda Sabah balik mengundi

    Sebelum ini, tular di media sosial rakaman seorang wanita dikatakan menetap di kawasan terminal bersama barangan peribadi dan dipercayai bergantung kepada kemudahan awam seperti internet percuma, penyaman udara dan bekalan air yang disediakan di lapangan terbang berkenaan bagi tempoh yang lama.

    Susulan itu, wanita berkenaan ditahan polis dan disahkan mempunyai kad berkaitan masalah kesihatan mental.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah