28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 27, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kami buat rayuan pada Isnin, kata Shafee lepas ‘kalah semuanya’

    Shopee Sale

    Pasukan pembelaan bekas perdana menteri Najib Razak akan memfailkan rayuan pada Isnin terhadap sabitannya atas 25 pertuduhan berkaitan 1MDB.

    Bercakap kepada pemberita, peguam bela utama Najib, Shafee Abdullah, berkata dia berharap dapat berhujah di Mahkamah Rayuan, dengan memetik pelbagai "kesilapan" dalam keputusan yang disampaikan oleh hakim Collin Lawrence Sequerah.

    "Jadi, pada asasnya, kami akan merayu pada hari Isnin. Kami berharap dapat berhujah di Mahkamah Rayuan, secara sebenar-benarnya," katanya.

    "Malah, walaupun saya sedih untuk anak guam saya, dalam banyak sisi, saya gembira kerana lebih banyak kesilapan yang saya fikir dilakukan oleh seorang hakim, lebih baik peluang kami," katanya.

    Shafee menyatakan bahawa keputusan hari ini adalah kali pertama seumpamanya dalam keseluruhan kerjaya perundangannya yang merangkumi lima dekad di mana pasukannya kalah dalam setiap alasan yang mereka hujahkan.

    “Dan di sini, seperti yang saya katakan, saya kalah semuanya.

    MENARIK:  Tiong balas Akmal: Jangan jadi seperti pembangkang atau kumpulan ekstremis

    “Tidak pernah dalam hidup saya, tidak pernah saya kalah (atas semua alasan), sikit pun tak ada (yang menang). Hakim tidak memberi kami apa-apa. Semuanya, diberikan kepada pihak pendakwaan, tiada apa-apa langsung kepada kami,” katanya.

    “Saya tidak merungut kerana anda tidak memberi apa-apa, tetapi saya hanya merungut tentang kebarangkalian, dari segi statistik, bahawa kami tidak mungkin menjadi ‘bodoh’, bahawa kami kalah semuanya,” tegasnya.

    Shafee berkata antara perkara yang akan dihujahkan di peringkat rayuan termasuk pengakuan “hearsay” dan “double hearsay” sepanjang perbicaraan.

    Sequerah mendapati Najib bersalah atas keempat-empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan.

    Hakim kemudian menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.38 bilion kepada bekas perdana menteri itu. Jika Najib gagal membayar denda itu, dia perlu menjalani hukuman penjara 10 tahun lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah