31.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kami akan kembali ke jalan dengan aksi lebih keras’

    Shopee Sale

    Sekretariat Rakyat Benci Rasuah 2.0 hari ini meluahkan kekecewaan dan kemarahan terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai kegagalan berterusan Kerajaan Madani dalam menangani rasuah serta melaksanakan agenda reformasi yang dijanjikan.

    Jurucakap sekretariat, Brendon Gan, 24, dalam ucapannya di Himpunan Rakyat Benci Rasuah 2.0 di ibu negara, menyifatkan kerajaan sebagai "pengkhianat harapan rakyat" kerana membiarkan rasuah dan salah guna kuasa terus berakar dalam sistem pentadbiran negara.

    “Kami tidak hanya marah, tetapi juga terluka oleh pengkhianatan terhadap nilai yang kami pertahankan. Rasuah bukan hanya salah laku pentadbiran, tetapi pengguguran amanah dalam negara yang kononnya berdaulat,” tegasnya.

    Menurutnya, sudah 155 hari berlalu sejak Himpunan Rakyat Benci Rasuah 1.0 dianjurkan pada 25 Januari lalu, namun tiada sebarang maklum balas rasmi diterima daripada pihak kerajaan terhadap tuntutan-tuntutan reformasi yang telah dikemukakan.

    Brendon turut mempersoalkan sikap membisu kerajaan dan pembangkang dalam beberapa isu besar, termasuk skandal rasuah bernilai berbilion ringgit, mekanisme melepas tanpa membebaskan (DNAA) ahli politik, serta pelantikan individu kontroversi ke jawatan-jawatan utama negara.

    Dia turut membentangkan beberapa tuntutan utama sekretariat:

    - Pemisahan Pejabat Peguam Negara dan Pendakwa Raya, serta pemisahan kuasa pendakwaan daripada Jabatan Perdana Menteri.

    - Menjadikan SPRM bebas sepenuhnya daripada pengaruh eksekutif, termasuk semakan semula akta dan Perlembagaan serta had penggal Ketua Pesuruhjaya.

    - Pengenalan Akta Pendanaan Politik, berdasarkan cadangan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (KRPPM).

    - Penjelasan berhubung kes mendiang Teoh Beng Hock, yang mati dalam tahanan SPRM.

    Brendon turut memberi amaran bahawa rakyat tidak akan terus berdiam diri sekiranya kerajaan gagal bertindak.

    MENARIK:  Raja Salman lancarkan simbol riyal Saudi

    “Kami turun ke jalan bukan kerana gemar mencipta kekacauan, tetapi kerana ini satu-satunya ruang yang tinggal untuk suara rakyat memecah tembok keangkuhan kuasa.

    “Jika kerajaan masih berprinsip dan pembangkang masih punya nurani, maka dengarlah tuntutan kami sebelum rakyat kembali ke jalanan dengan aksi yang lebih keras,” tegasnya.

    Dia turut menegaskan bahawa Sekretariat Rakyat Benci Rasuah 2.0 akan terus bersuara lantang dalam mendesak pelaksanaan janji-janji reformasi.

    Perhimpunan aman bertukar kecoh

    Himpunan yang disertai kira-kira 100 peserta itu bermula di hadapan pusat beli-belah SOGO dan berarak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman.

    Peserta membawa sepanduk dan plakad dengan pelbagai slogan seperti “Reformasi Korupsi”, “Madani Lindungi Perasuah”, “Mother Abuse Cover-Ups Corruption”, “Rakyat Dibungkam, Perasuah Dilindungi” dan “Rakyat Benci Rasuah”.

    Sepanjang perarakan, himpunan berlangsung dalam keadaan terkawal dengan kehadiran kira-kira 200 anggota polis dan pasukan keselamatan.

    Namun, keadaan menjadi tegang sekitar jam 4.30 petang apabila seorang peserta membakar suar selepas aktivis mahasiswa, Ahsanul Akmal Muhamad Sulam selesai berucap.

    Tindakan itu mengundang campur tangan seorang anggota polis yang cuba merampas suar berkenaan.

    Ahsanul mendakwa turut dikasari, menyebabkan berlaku kekecohan antara peserta dan polis.

    Bagaimanapun selepas rundingan antara kedua-dua pihak, himpunan diteruskan dan ditamatkan dengan aman sekitar jam 5.50 petang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah