31.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kamera baru Awas lebih canggih, tapi sukar dikesan

    Shopee Sale

    Kamera baru  peranangkap had laju Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dilapor menggunakan teknologi yang lebih canggih, tetapi semakin sukar dikesan.

    Peranti jenis Ekin Spotter itu dikatakan mempunyai banyak fungsi, antaranya mempunyai lampu flash putih dan kamera berkualiti tinggi yang mampu meninjau kawasan lebih luas dan merakam video resolusi tinggi.

    Kamera gaya ringkas warna hitam seperti tiang itu mampu meninjau perubahan persekitaran.

    Ia malah boleh memaklumkan sistem pusat jika berlaku perubahan luar biasa seperti peningkatan suhu dan kelembapan, lapor laman web permotoran Paultan.

    Kamera itu antaranya terletak berdekatan kilometer 17.2 Lebuh Raya Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (Elite) menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Klia).

    Gambar pemasangan kamera, yang dulu dikenali sebagai AES, itu tular sejak September tahun lalu.

    MENARIK:  Permohonan maaf saya tak ada kaitan isu papan tanda - Tiong

    Ketua Pengarah JPJ Rospiagos Taha ketika itu berkata, kamera baru yang sedang diuji itu akan menggantikan kamera lama atau rosak.

    Jun lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan Hasbi Habibollah berkata, kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati, tahap pematuhan pengguna kepada peraturan had laju dan isyarat lalu lintas mencecah 99 peratus di kawasan berkamera.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah