31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 30, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Imam hilang dari Janda Baik dikesan di resort Sabak Bernam

    Shopee Sale

    Seorang imam masjid di Janda Baik, Pahang, yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemukan dalam keadaan selamat di sebuah resort di Sabak Bernam, Selangor, semalam.

    Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Ahmad Zalmi Abdul Ghafar, 57, pada jam 1.14 pagi semalam.

    Katanya, pihak keluarga berjaya mengesan keberadaan imam Masjid Sultan Abu Bakar berkenaan di resort tersebut kira-kira jam 12 tengah hari namun mendapati lelaki terbabit sudah mendaftar keluar.

    “Pada jam 9.40 malam tadi, anak mangsa menghubungi Balai Polis Bukit Tinggi dan memaklumkan bahawa ayahnya sudah pulang ke rumah di Janda Baik dalam keadaan selamat dan tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan tengah malam tadi.

    MENARIK:  Peruntukan untuk MP: PN dapat MOU 'pelik sikit' dari kerajaan

    Sementara itu, anak imam terbabit, Muhammad Syafique Aimie Ahmad Zalmi, 37, ketika dihubungi Bernama berkata ayahnya pergi ke Sabak Bernam untuk mencari pekerjaan.

    “Ayah tidak memaklumkan kepada keluarga mengenai hasratnya untuk mencari kerja.

    “Dia ke resort itu tanpa wang dan hanya membawa barang keperluan kerana mendakwa ada tawaran kerja kosong di kawasan berkenaan,” katanya.

    Syafiq berkata mereka sekeluarga gagal menghubungi imam berkenaan kerana telefon bimbitnya rosak.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah