30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hanya 34 aduan sejak Budi95 dilancar – Fuziah nafi sistem bermasalah

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Hanya 34 aduan diterima setakat ini sejak pelaksanaan subsidi petrol Budi Madani RON95 (Budi95), kata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

    Timbalan menterinya, Fuziah Salleh, memberitahu Dewan Rakyat pagi tadi bahawa kebanyakan faktor gangguan adalah termasuk berkaitan sistem 'glitch' (gangguan sementara) serta 'system down' (tergendala).

    “Dalam keadaan sistem down, pengguna boleh masuk ke dalam, pergi ke kaunter, di kaunter disediakan sistem terminal Sara (Sumbangan Asas Rahmah) di mana sistem itu boleh terus check IC (kad pengenalan mereka) dan dia terus (disambungkan) ke sistem MOF (kementerian kewangan),” katanya.

    Bagi kes gnguan sistem pula, katanya, stesen minyak telah memulangkan semula perbezaan harga antara kadar subsidi dan harga pasaran kepada pengguna terjejas.

    Fuziah menjawab soalan Isam Isa (BN–Tampin) yang bertanya sama ada sistem di stesen minyak benar-benar bermasalah atau isu itu hanya dimainkan pihak tertentu untuk menimbulkan rasa tidak puas hati.

    Skim Budi95, yang mula berkuat kuasa pada 30 September, membolehkan semua rakyat Malaysia yang memiliki lesen memandu sah membeli petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter, dengan had 300 liter sebulan.

    Warga asing yang memandu kenderaan berdaftar tempatan pula dikenakan harga pasaran dianggarkan RM2.60 seliter, manakala kenderaan berdaftar asing hanya dibenarkan membeli RON97.

    Pelaksanaan subsidi itu dibuat secara berperingkat – anggota tentera dan polis menjadi kumpulan pertama menerima manfaat pada 27 September, diikuti penerima Sara sehari kemudian, sebelum diperluas kepada semua pengguna.

    MENARIK:  Banjir: Lebih 3,000 mangsa terjejas di Sabah dan Kelantan

    Menurut setiausaha akhbar kanan perdana menteri, Tunku Nashrul Tunku Abaidah, setiap individu layak menerima manfaat subsidi sehingga RM183 sebulan, berdasarkan had 300 liter.

    Mengulas lanjut, Fuziah berkata kebanyakan aduan yang diterima bukanlah benar-benar masalah sistem.

    “Aduan (diterima) sikit sangat, kalau ada (aduan) pun, ada solusinya.

    “Alhamdulilah aduan yang kita terima itu mmg tak ada masalah. Sikit sangat iaitu glitch ataupun down. Tapi (semua masalah itu) ada jawapan-jawapan ataupun solusinya," katanya.

    Dia turut merakam penghargaan kepada syarikat minyak yang mengambil inisiatif memperkenalkan sistem mesra pengguna.

    Katanya, sistem semasa membolehkan pengguna mengimbas MyKad terus di pam minyak atau di dalam stesen, menjadikan urusniaga lebih mudah.

    “Setakat ini pihak syarikat minyak dan stesen-stensen minyak mengambil tindakan dan tanggungjawab yang besar untuk memastikan bahawa sebaik-baiknya setiap pengguna itu tidak terbeban, ataupun tidak tersalah sekiranya mereka tidak mendapatkan hak mereka sebagai pengguna,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah