30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Gangguan air sekitar Lembah Klang dijangka pulih sepenuhnya Jumaat

    Shopee Sale

    Gangguan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di beberapa sungai di Selangor dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Izham Hashim. 

    Izham berkata bekalan air kepada pengguna di sebahagian kawasan yang terjejas juga dijangka pulih seawal 8 pagi hari ini susulan kesemua Loji Rawatan Air (LRA) yang terlibat telah beroperasi sepenuhnya. 

    Beliau berkata LRA Rantau Panjang, LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 (SPP1, SSP2 dan SSP3) telah kembali beroperasi sepenuhnya bermula 3 petang semalam.

    "Pengagihan air melibatkan LRA Rantau Panjang mula dilaksanakan bermula 6 petang tadi manakala tiga SSP lagi dijangka pada 8 pagi esok.

    "Kawasan kediaman yang mempunyai tekanan air rendah mengambil sedikit masa, namun sebahagian besar pengguna akan mendapat bekalan air dalam tempoh 24 jam," katanya pada sidang media khas berkenaan isu tersebut di Shah Alam, semalam.

    Dalam pada itu, Izham berkata premis yang menyebabkan air tercemar apabila sisa mengalir ke sungai telah dikenakan tindakan kompaun oleh Majlis Perbandaran Selayang. 

    MENARIK:  Remaja didakwa bunuh kanak-kanak Orang Asli

    Terdahulu, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor Jamaliah Jamaludin dalam kenyataan memaklumkan pencemaran bau berkenaan yang dikesan sejak semalam berpunca daripada premis kilang dipercayai memproses bahan akrilik untuk dikitar semula. 

    Air Selangor dalam kenyataan turut memaklumkan tujuh kawasan di Lembah Klang iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mengalami gangguan air  tidak berjadual ekoran empat LRA dihenti tugas sementara berikutan pencemaran itu. 

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah