22.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, November 25, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Fahmi nafi dana RM8 juta burukkan Warisan di media sosial

    Shopee Sale

    PRN SABAH | PH menafikan dakwaan bahawa gabungan itu membiayai kempen media sosial berjumlah RM8 juta untuk memburuk parti Warisan sepanjang kempen pilihan raya negeri (PRN) Sabah.

    Ketua Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, menafikan tuduhan Presiden Warisan, Shafie Apdal, sambil menegaskan gabungan itu tidak mempunyai sumber kewangan seperti didakwa.

    "Saya tak tahu apa dia cakap. Bagi PH, kami tak ada dana seperti itu,” katanya kepada pemberita selepas mengunjungi Pusat Media PRN Sabah di Penampang hari ini.

    Sebelum ini, Mohd Shafie mendakwa seteru politiknya menggunakan RM8 juta dana awam untuk membiayai kempen media sosial yang bertujuan memburukkan partinya, melalui mesej berunsur perkauman.

    Ahli Parlimen Semporna yang juga Adun Senallang itu memberi amaran bahawa taktik sedemikian akan mengalihkan perhatian daripada keperluan pembangunan sebenar Sabah.

    Sementara itu, Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi, berkata setakat ini tiga kes telah dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MACC) sepanjang tempoh pilihan raya.

    Bagaimanapun, Fahmi menyatakan bahawa dia tidak dapat memberikan butiran khusus mengenai kes-kes tersebut.

    MENARIK:  Veterinar Selangor buka kertas siasatan kes bakar kucing

    "Setakat ini terdapat tiga kes yang telah dimaklumkan. Saya tidak diberi perincian kes-kes tersebut tapi dua telah dibawa kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk pertimbangan langkah seterusnya, manakala satu lagi kes masih dalam siasatan.

    "Ketiga-tiga kes ini ada kaitan mengenai sebaran sepanjang tempoh pilihan raya.

    "Tetapi saya tidak boleh memaklumkan isi kandungan atau perincian kes ini kerana masih dalam siasatan. Satu dalam siasatan, dua dalam pertimbangan Timbalan Pendakwa Raya," katanya.

    Fahmi dalam masa sama turut menyuarakan kebimbangan mengenai kempen yang menyentuh isu 3R – raja, agama dan kaum.

    "Ini tidak dibenarkan. Berkempenlah dengan sihat. Gunakanlah hujah dengan cerdik, cerdas dan sudah pasti kita tidak mahu sampai tindakan yang akan merosakkan keharmonian serta perpaduan dalam masyarakat," katanya.

    Menurutnya, kementerian komunikasi dan MCMC akan bertindak terhadap sebarang aduan yang melibatkan penggunaan naratif 3R dalam kempen pilihan raya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah