27.1 C
Kuala Lumpur
Friday, October 3, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ditendang GRS, SAPP tunggu mesyuarat sebelum bagi reaksi

    Shopee Sale

    Parti Maju Sabah (SAPP) akan merujuk kepada kepimpinan tertingginya sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung penyingkiran parti itu daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

    GRS sebelum ini mengumumkan keahlian SAPP terbatal secara automatik selepas parti tersebut menyatakan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang menggunakan logo sendiri.

    SAPP diketuai bekas ketua menteri Yong Teck Lee, salah seorang pengasas GRS bersama Parti Solidariti Tanah Airku (Star).

    Ketika dihubungi Malaysiakini, Yong berkata dia akan menunggu keputusan kolektif parti sebelum membuat sebarang kenyataan terbuka.

    “Saya ingin merujuk kepada rakan-rakan parti saya sebelum mengeluarkan kenyataan esok.

    “Secara kebetulan, majlis tertinggi SAPP mempunyai mesyuarat yang dijadualkan pada hari Sabtu ini,” katanya malam ini.

    GRS bergolak

    Tindakan terhadap SAPP dibuat selepas Presiden Star, Jeffrey Kitingan, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah I mengesahkan hasratnya meninggalkan GRS sekiranya gabungan itu menyerahkan terlalu banyak kerusi kepada Pakatan Harapan (PH).

    GRS gabungan parti pemerintah di Sabah sejak menumbangkan kerajaan negeri pimpinan Warisan pada 2020. Namun, keretakan dalam gabungan itu semakin jelas sejak beberapa minggu lalu apabila parti-parti tempatan seperti Star menuduh GRS terlalu tunduk kepada sekutu persekutuan menjelang PRN.

    MENARIK:  Rafizi perjelas kenapa dia 'banyak membisu' dalam kabinet

    Terdahulu, Setiausaha Agung GRS Masidi Manjun mengumumkan Star dan SAPP tidak lagi bertanding bersama gabungan itu.

    Kitingan pula mengesahkan pengunduran partinya daripada GRS menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Malaysiakini.

    Masidi (gambar bawah) menjelaskan keputusan itu dibuat susulan tindakan kedua-dua parti berkenaan untuk bertanding menggunakan simbol sendiri kerana tidak berpuas hati dengan isu agihan kerusi.

    Dia berkata selepas “perbincangan terbuka dan ikhlas” selama hampir dua jam semalam, mesyuarat majlis presiden GRS memutuskan bahawa mana-mana parti komponen yang memilih meletakkan calon di bawah simbol sendiri dianggap telah keluar daripada GRS.

    Sehubungan itu, Masidi berkata calon daripada parti-parti terbabit tidak lagi akan mewakili GRS dalam PRN Sabah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah