26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 21, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Dewan Rakyat bertafakur, sedekah al-Fatihat buat Daim

    Shopee Sale

    PARLIMEN | Dewan Rakyat hari ini bertafakur selama satu minit bagi menghormati kematian bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin, pagi ini.

    Hamzah Zainudin (PN-Larut) sebelum itu bangkit memaklumkan tentang pemergian Daim dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

    "Pagi tadi pemergian seorang tokoh negarawan yang banyak berjasa kepada negara iaitu Allahyarham Tun Daim Zainuddin.

    "Maka saya ambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham... Allahyarham merupakan arkitek ekonomi negara sehingga Malaysia terkenal sebagai Asean Tiger (Harimau Asia).

    MENARIK:  Isu kehakiman turut dijelaskan kepada MP BN - Anwar

    "Menggunung jasa Allahyarham kepada agama, bangsa dan negara terutamanya ketika negara berdepan krisis kewangan 1998," katanya selepas tamat sesi pertanyaan lisan hari ini.

    Hamzah turut menyifatkan Daim sebagai pejuang tulen yang berjuang sehingga ke penghujung usianya.

    Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ramli Mohd Nor, mengambil maklum dengan pemakluman itu dan dewan turut merakam ucapan takziah.

    "Majlis mesyuarat mengambil maklum dengan pengisytiharan itu, salam takziah bagi keluarga allahyarham," katanya sebelum semua ahli Dewan Rakyat bertafakur.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah