25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 13, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    D M: Apa salah orang mati?

    Shopee Sale

    Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad mempersoal cubaan merampas harta milik allahyarham Daim Zainuddin yang telah pun meninggal dunia.

    Jelasnya, semua tahu bahawa Daim  telah kaya sebelum menyertai politik dan dia berniaga di luar negara bagi mengelak daripada tuduhan mendapatkan "keistimewaan".

    "Kalau hanya diragukan oleh perdana menteri merampas harta tidak boleh dilaku. Itu salah dari segi undang-undang. Rampasan itu sama dengan mencuri,” kata Mahathir.

    Menulis di Facebook, Mahathir membangkitkan masa rampasan cuba dibuat ketika Daim sudah tiada dan tidak dapat mempertahankan diri.

    MENARIK:  ‘Mungkin bagi PM, kes OKU diserang lagi rumit daripada skandal 1MDB’

    Pada 25 Jun lalu, SPRM membuat beberapa permohonan mahkamah bagi melucut hak beberapa harta milik Daim dan isteri serta proksi mereka termasuk Menara Ilham.

    Tanpa menyebutkan nama. Anwar juga sebelum ini berikar untuk mendapatkan semula wang rakyat yang telah diambil oleh pemimpin korup sebelum ini.

    Sementara itu, Mahathir mendakwa, kroni Anwar mendapat kontrak berbilion ringgit

    “Kalau ini bukan rasuah apakah makna rasuah,” soalnya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah