28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 11, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    AKPS akan diperkasa veteran ATM di pintu masuk negara

    Shopee Sale

    Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) bakal diperkasa dengan penyertaan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi memperkukuh keselamatan di semua pintu masuk negara, susulan pengumuman Belanjawan 2026.

    Ini selepas kerajaan meluluskan 220 perjawatan baru dalam AKPS dengan keutamaan diberikan kepada veteran ATM untuk mengisi perananan di pintu-pintu masuk yang diwartakan di bawah Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 [Akta 860].

    Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM45 juta bagi pengoperasian AKPS.

    Ketua Pengarah AKPS Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, penyertaan veteran tentera merupakan langkah strategik yang bukan sahaja mengiktiraf jasa dan disiplin mereka, tetapi juga meningkatkan kecekapan operasi serta memperkukuh rantaian arahan (chain of command) di lapangan.

    "Keberadaan anggota veteran yang berpengalaman dalam bidang ketenteraan dan keselamatan awam akan mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan AKPS dalam menghadapi ancaman semasa serta memastikan integriti kawalan sempadan negara terpelihara.

    MENARIK:  Datuk antara 4 ditahan SPRM kes tuntutan palsu babitkan RM2.6 juta

    "Peruntukan ini mencerminkan keprihatinan kerajaan dalam memperkukuh keupayaan AKPS untuk memastikan sempadan negara sentiasa selamat, terkawal dan bebas daripada ancaman penyeludupan serta jenayah rentas sempadan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Katanya, inisiatif ini turut memperlihatkan usaha kerajaan dalam memperkasa ekonomi dan kesejahteraan sosial veteran tentera, dengan memberikan ruang untuk mereka terus berbakti kepada negara melalui perkhidmatan awam yang berdisiplin dan berwibawa.

    "Langkah ini juga akan membantu AKPS memperkukuh kolaborasi strategik bersama enam agensi teras di bawahnya dalam mempertingkatkan keberkesanan kawalan di semua pintu masuk darat, laut dan udara, selaras dengan matlamat untuk membina sempadan negara yang selamat, berteknologi tinggi dan berintegriti," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah