31.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Akaun Facebook Pusat Khidmat DUN Kijang kena godam

    Shopee Sale

    Paparan imej dan video lucah pada akaun Facebook milik salah seorang Adun Kelantan menjadi tular dan menarik perhatian orang ramai hari ini.

    Akaun Pusat Khidmat DUN Kijang yang mempunyai lebih 25,000 pengikut itu didapati memuat naik banyak gambar atau video pendek mencolok mata dengan kemas kini terkini - setakat berita ini ditulis - dibuat tengah hari tadi.

    Ketika dihubungi Malaysiakini, Adun Kijang, Izani Husin, mengesahkan akuan Facebook pusat khidmatnya itu digodam pihak tidak bertanggungjawab.

    Menurutnya perkara itu disedari berlaku sejak sebulan lalu dan usaha untuk menyelamatkan akaun tersebut belum berjaya setakat ini.

    “Ya digodam. Kami dah buat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia,” katanya hari ini.

    Sementara itu seorang pegawai kepada exco kerjaraya, infrastruktur, air dan pembangunan luar bandar Kelantan itu berkata, akaun tersebut pada asalnya diurus oleh beberapa kakitangan pejabat DUN Kijang.

    MENARIK:  Kenapa titah adendum dikatakan hanya khabar angin? - PAS

    Namun kata pegawai terbabit kesemua mereka tidak lagi mempunyai akses terhadap akaun Facebook tersebut selepas ia digodam.

    “Susulan itu kami buka satu akaun Facebook baru dengan nama yang sama,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah