30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Adun Ayer Kuning meninggal dunia

    Shopee Sale

    Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 58 tahun hari ini.

    Ketua Pemuda Umno Tapah, Fahmi Jakhsi memaklumkan perkara itu kepada Malaysiakini.

    "Ya, beliau meninggal dunia petang tadi," katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang Abdul Rozak Muhammad memaklumkan allahyarham telah pengsan dan tidak sedar diri pada lebih kurang 5.20 petang tadi.

    "(Ini) semasa bersalaman dengan pemain lain di tepi padang sempena Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala Ketua Menteri Pulau Pinang di Stadium Bandar Raya, George Town, Pulau Pinang.

    "Beliau telah dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang pada jam lebih kurang 5.40 petang setelah bantuan kecemasan diberikan di tepi padang.

    MENARIK:  Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari

    "YB telah disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan, Hospital Pulau Pinang pada jam 6.28 petang," katanya pada satu kenyataan.

    Dilahirkan pada 31 Ogos 1966, Ishsam merupakan bekas pemain bola sepak dan telah menghabiskan sebahagian besar kerjayanya bermain untuk Perak FA.

    Dia salah seorang pemain dalam pasukan Perak ketika negeri itu menjuarai Piala FA pada tahun 1990.

    Ishsam yang juga ketua Umno bahagian Tapah bertanding kerusi DUN Ayer Kuning pada pilihan raya umum yang lalu.

    Allahyarham memenangi kerusi tersebut dalam pertandingan lima penjuru, dengan majoriti lebih 2,000 undi mengatasi pencabar terdekatnya, Nazri Hashim daripadaa Bersatu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah