26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ziana Sebak ‘Konsert Empat’ Jadi Persembahan Pertama Tanpa Arwah Bapa – ‘Nasihat Dia Terngiang Sampai Sekarang‘

    Shopee Sale

    Penyanyi, Ziana Zain gagal menahan rasa sebak apabila mengenangkan ‘Konsert Empat’ yang bakal berlangsung pada 18 Oktober ini merupakan konsert pertama yang akan dilalui tanpa kehadiran insan paling bermakna dalam hidupnya, arwah bapa tercinta, Zain Abdullah.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anuar Zain Dedah Arwah Ayah Hidap Kanser Prostat, Syukur Proses Pengurusan Jenazah Dipermudah

    Tanpa arwah abah

    Ziana, 57, berkata, setiap kali menjelang konsert, arwah bapanya merupakan orang yang paling teruja dan banyak memberikan nasihat serta semangat sebelum dia melangkah ke pentas.

    Dulu, abah orang pertama yang akan tanya, ‘kau pakai baju apa? Konsert ini kau buat macam mana? Kau berdiri kat mana tadi? Kau keluar kat mana?’

    Sekarang, dah tak ada lagi pertanyaan itu. Abah pesan, ‘berdiri confident. Bila kita berdiri confident, orang tengok pun rasa confident’.

    Dia memang sangat teliti, selalu ingatkan saya tentang key suara, mimik muka dan cara membawa diri di atas pentas. Nasihat-nasihat dia masih terngiang sampai sekarang.

    Ziana berkata demikian ketika ditemui di maljlis pelancaran single terbaharu bersempena Konsert Empat berjudul Jangan Henti yang berlangsung di Plaza Sungai Wang pada Sabtu.

    Selain menjadi penasihat setia, pelantun lagu Madah Berhelah itu berkata, arwah juga merupakan penyokong utama kariernya dan adik, Anuar Zain.

    Abah satu-satunya yang paling kuat menyokong. Dia selalu tanya saya dan Anuar, macam mana karier kami, macam mana kehidupan kami. Kalau kami mengadu, dia faham sebab dia pun dulu seorang penyanyi.

    Momen dirindui

    Tambah Ziana, antara momen yang paling dirindui adalah apabila arwah bapanya sanggup menunggu sehingga lewat malam semata-mata ingin tahu bagaimana persembahannya berjalan.

    Dulu, setiap kali saya habis show, abah takkan tidur. Dia tunggu sampai saya balik. Dia akan tanya, ‘macam mana, nak? Okey tak?’ 

    Kadang-kadang sebelum konsert, dia call, ‘abah doa, abah sembahyang hajat, semoga semuanya dipermudahkan.’ Tapi sekarang, semua itu dah tak ada lagi.

    Meskipun kehilangan insan tersayang itu masih terasa, Ziana berkata dirinya percaya doa arwah bapanya tetap menjadi kekuatan dan pelindung dalam setiap usaha yang dilakukan.

    Ustaz ada pesan, jangan bimbang apa yang mak ayah dah doakan untuk kita, insya-Allah akan terus berjalan. Kata-kata itu buat saya tenang. Saya tahu abah sentiasa ‘ada’ dengan doa-doanya.

    Saya menangis bukan sebab tak reda, tapi sebab rindu. Setiap kali konsert, dulu saya kongsi semuanya dengan abah. Tapi sekarang, saya kena kuat dan adik-beradik semua kena kuat.

    Konsert Empat yang menggabungkan empat penyanyi hebat iaitu Ziana, Anuar Zain, Ernie Zakri dan Syamel bakal berlangsung di Mega Star Arena, Plaza Sungai Wang pada 18 Oktober ini.

    MENARIK:  ‘Saya Bukan Isteri Sempurna, Signing Off’ – Afreena Bersyukur Dapat Kenal Along Cham, Mahu Mulakan Hidup Baru

    The post Ziana Sebak ‘Konsert Empat’ Jadi Persembahan Pertama Tanpa Arwah Bapa – ‘Nasihat Dia Terngiang Sampai Sekarang‘ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah