29 C
Kuala Lumpur
Friday, June 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Watak Gadis Kampung Ada 6 Lubang Tindik Dikritik, Nazeera Sardi Minta Penonton Fokus Jalan Cerita

    Shopee Sale

    Pelakon, Nazeera Sardi tampil memberi respons selepas lakonannya sebagai gadis kampung dalam sebuah drama menjadi perhatian dan kritikan segelintir netizen di media sosial.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nazeera Sardi Buat Kejutan Jumpa Azar Azmi, Sempat Titip Kata Semangat – ‘Jalan Terus Za’

    6 lubang tindik

    Nazeera atau nama sebenarnya Siti Nazirah Sardi, 39, berkata, tindikan pada telinganya sudah lama ada dan tidak seharusnya dijadikan isu sehingga mengganggu tumpuan terhadap jalan cerita karya tersebut.

    Boleh saja awak fokus tengok jalan cerita kan. Benda itu (tindik telinga) tidak boleh nak gam. Terima kasih kerana menonton.

    Nazeera berkongsi perkara itu menerusi satu komen balas di Threads.

    Sebelum ini, seorang pengguna Threads meluahkan rasa kurang senang terhadap penampilan watak yang dibawakan Nazeera dalam drama Hening Rindu.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Semoga Bila Saya & Suami Sudah Tiada, Ammar Mampu Uruskan Jenazah Kami’ – Shahida

    Menurut pengguna berkenaan, watak gadis kampung yang dilakonkan Nazeera dilihat tidak begitu menyakinkan kerana pelakon itu mempunyai enam tindikan pada telinganya.

    Terhibur saya tengok drama Melayu RTM2. Gadis kampung tapi telinga tindik sampai enam lubang.

    Bagaimanapun, kritikan itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen lain yang tampil mempertahankan Nazeera.

    Malah, ramai berpendapat perkara tersebut tidak wajar diperbesarkan kerana tindikan telinga bukanlah faktor utama yang menentukan kredibiliti atau keberkesanan sesuatu watak.

    Sumber: Threads

    The post Watak Gadis Kampung Ada 6 Lubang Tindik Dikritik, Nazeera Sardi Minta Penonton Fokus Jalan Cerita first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah