Pelakon, Azizul Ammar meluahkan rasa berang dengan senario sesetengah sesi ujibakat lakonan yang dianjurkan didakwa tidak bersikap telus.
Artikel Berkaitan: Azizul Ammar Mengaku Tawaran ‘Sendu’ Selepas Kontroversi Watson Nyambek – ‘Saya Mesej Produser Untuk Minta Job’
Artikel Berkaitan: Ammar Titan Tak Kisah Dilabel ‘Try Hard’ Untuk Dapatkan ‘Job’ – ‘Saya Tak Kacau Orang & Itu Periuk Nasi Saya’
‘Bagus belum tentu dapat’

Menerusi hantaran di Instagram Story, Ammar atau nama lengkap Azizul Ammar Abu Hassan, 38, berkata, sebagus mana sekalipun seseorang itu mempamerkan bakat ketika ujibakat, belum dijamin akan terpilih.
Antara benda paling bulls**t dalam casting di Malaysia ini, walau kau bagus waktu ujibakat terbuka, umum suka, khalayak bertepuk, pengarah cakap bagus, belum tentu kau dapat. Oleh itu, jangan jadi bagus.
Dalam pada itu, menerusi satu lagi siri hantaran di entri sama, Ammar turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap penganjur ujibakat yang hanya menjadikan individu lain sebagai bahan konten.
Ada yang panggil ujibakat tertutup tapi suruh bersedia dengan dialog karakter ini, sekali bila dah sampai suruh tukar dialog pula.
Kalau dah ada orang yang memang kau dah letak dalam senarai pelakon kau, kau tak payah lah buat ujibakat tertutup atau terbuka.
Kau ingat semua yang datang itu bahan konten ‘ketelusan casting’ kau ke bangs*t. Orang datang pakai duit nak bayar itu dan ini.
Sumber: Instagram
The post ‘Walau Bagus Waktu Ujibakat, Belum Tentu Kau Dapat’ first appeared on OHBULAN!.