29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Wanita Tampil Pertahan Diri Lagi Isu Sikat Rambut Di Pasar Raya – ‘Kalau Cuba Baju Dekat Mall, Okay Pula?’

    Shopee Sale

    Seorang wanita yang merupakan ibu kepada kanak-kanak yang menyikat sikat rambut di sebuah pasar raya tampil mempertahankan tindakannya sekali lagi berhubung isu kebersihan yang dibangkitkan.

    Artikel Berkaitan: Tular Video Sikat Rambut Anak Di Pasar Raya, Wanita Tampil Beri Penjelasan – ‘Saya Beli, Tapi Kalau Was-Was Basuhlah’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Nak Menyikat Tak Salah, Tapi Beli Sikat Dulu’ –  Bos Mydin

    Sikat & baju

    Menerusi perkongsian di TikTok, wanita itu memuat naik hantaran berkongsi pandangannya mengenai perbezaan antara mencuba sikat dan mencuba pakaian di pusat membeli-belah.

    Cuba sikit rambut di pasar raya kata pengotor. Kalau cuba pakaian di pusat membeli-belah tu tiada siapa yang marah kan?

    Cuba pakai size S tidak muat, tukar size M. Semua tu okay kan?

    Kalau ikut logik, cuba baju berapa kali tidak beli senyap saja. Tiada siapa cakap pengotor.

    Perkongsian itu kemudiannya mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan ramai.

    MENARIK:  [VIDEO] Nadeera Perjelas Dakwaan Ambil Bahan Terlarang Penyebab Badan Makin Langsing – ‘Sampai Sekarang Saya Tak Sentuh Air Bergula’

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang dengan pandangan wanita.

    Segelintir netizen mula memberikan pendapat berasingan berkaitan kebersihan diri dan menyatakan umat Islam perlu menjaga kebersihan kerana itu yang diutamakan dalam agama.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Wanita Tampil Pertahan Diri Lagi Isu Sikat Rambut Di Pasar Raya – ‘Kalau Cuba Baju Dekat Mall, Okay Pula?’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah