Pelakon Uqasha Senrose nekad memilih jalan perpisahan bersama suaminya, Kamal Adli.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peguam Mewakili Uqasha Senrose Tarik Diri, Kamal Adli Mohon Netizen Henti Kecam Isteri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kamal Adli Masih Sayang Rumah Tangga, Tak Sangka Berakhir Di Mahkamah – ‘Saya Tak Gembira Sampai Sini’
Nekad teruskan penceraian

Ketika ditemui OhBulan, Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, enggan memberi penjelasan lanjut mengenai keretakan rumah tanggnya bersama Kamal.
Pelakon drama Isteri Halal ini berkata, dia menyerahkan kepada peguam yang mewakilinya iaitu Muhammad Syazmee Sapian.
Apa-apa pun, terima kasih untuk soalan itu. Saya serahkan semuanya kepada peguam saya.
Uqasha berkata demikian ketika ditemui selepas prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Beri ruang

Berkongsi lebih lanjut, Syazmee memberi ruang kepada proses mahkamah sebelum membuat keputusan.
Ujarnya lanjut, dia berharap agar perkahwinan ini dapat diselamatkan.
Setakat ini, kita nak teruskan dulu prosiding ini dan lihat bagaimana perkembangannya nanti.
Kalau ada kebaikan, saya harap masyarakat dan netizen dapat sama-sama doakan.
Tiada siapa yang berkahwin dengan niat untuk bercerai, jadi moga ada kebaikan yang boleh kita cari dalam kes ini.
Kita doakanlah yang terbaik untuk kedua-dua pihak.
Moga ada sinar kebaikan, sama ada ke arah perdamaian atau apa jua keputusan selepas ini. Kita tunggu prosiding seterusnya.
Untuk rekod, prosiding perceraian antara pasangan selebriti itu ditangguhkan kepada 19 November depan selepas peguam yang mewakili Uqasha sebelum ini menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan.
Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.
The post [VIDEO] ‘Tiada Siapa Berkahwin Untuk Bercerai, Moga Ada Sinar Kebaikan’ – Peguam Mewakili Uqasha Senrose first appeared on OHBULAN!.





