Penyanyi, Nuha Bahrin meluahkan rasa bangga terhadap perjuangan 23 sukarelawan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang sanggup berjuang demi membantu rakyat Palestin.
Artikel Berkaitan: Nuha Bahrin Sedang Kenal Hati Budi Seorang Jejaka, Belum Sedia Dedah Identiti ‘Y’ – ‘Kami Kenal Masa Buat Muzik Video’
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Anda Pendek, Saya Faham Perasaan Itu’ – Nuha Bahrin Tak Kecil Hati Faktor Ketinggian Jadi Bahan Gurauan Netizen
Bangga

Ketika ditemui , pemilik nama Nuha Sakina Saiful Bahrin, 25, menyifatkan para sukarelawan yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada malam tadi sebagai insan-insan yang dipilih oleh Allah SWT.
Apabila saya nampak wajah-wajah wira dan wirawati kita saya memang sebak dan bangga dengan mereka.
Mereka adalah orang yang dipilih oleh Allah SWT. Kedatangan saya hanyalah untuk menunjukkan sokongan terhadap mereka.
Nuha berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media ketibaan sukarelawan misi Global Sumud Flotilla (GSF) pada malam Selasa.
Tidak mudah

Ketika ditanya sekiranya diberi peluang untuk menyertai misi kemanusiaan, pelantun lagu Casablanca itu berkata dia akan pergi.
Bagaimanapun, Nuha mengakui ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan berbanding sekadar berkata-kata.
Bagi saya, tidak semua boleh buat perkara ini. Saya harap, saya ada keberanian itu walaupun sedikit.
Kalau diberikan peluang, saya akan pergi tapi mudah untuk diperkatakan, sukar untuk dilakukan.
Difahamkan, Nuha tiba kira-kira jam 9.40 malam, ditemani oleh ibunya, rakan baiknya, serta ibu kepada rakan baiknya.
Sekadar info, kesemua 23 sukarelawan GSF dibebaskan selepas ditahan sejak 2 Oktober lalu dalam misi menghantar bantuan ke Gaza.
The post [VIDEO] ‘Sebak & Bangga Dengan Wira & Wirawati GSF’ – Nuha Bahrin first appeared on OHBULAN!.