28.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 29, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Peguam Mewakili Uqasha Senrose Tarik Diri, Kamal Adli Mohon Netizen Henti Kecam Isteri

    Shopee Sale

    Peguam yang mewakili pelakon Kamal Adli, Abdul Hadi Mohammad Salleh, memaklumkan bahawa peguam bagi pihak Uqasha Senrose telah menarik diri daripada kes perceraian pasangan itu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kamal Adli Masih Sayang Rumah Tangga, Tak Sangka Berakhir Di Mahkamah – ‘Saya Tak Gembira Sampai Sini’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uqasha Senrose Mohon Maaf, Akui Khilaf – ‘Saya Tak Fikir Panjang, Terlalu Marah, Sedih & Letih’

    Peguam Uqasha tarik diri?

    Ketika ditemui , Abdul Hadi memberitahu bahawa kes penceraian antara Kamal Adli dan Uqasha Senrose terpaksa ditangguhkan.

    Hari ini kita dikejutkan dengan situasi peguam wakili Uqasha sebelum ini tarik diri.

    Saya percaya patutnya ada peguam baharu yang hadir, tapi tadi tiada. Jadi hanya sebelah pihak sahaja.

    Abdul Hadi berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Selasa.

    MENARIK:  Filem Polong Angkat Kisah Dosa Silam & Ilmu Hitam, Bakal Jalani Penggambaran Bersama Mimi Lana, Namron, Nadiya Nisaa & Ramai Lagi!

    Berhenti kecam

    " data-video-id="7566106671198506258" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @official

    kita komen yang baik baik sahaja.. kes cerai kamaladli uqashasenrose

    ♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

    Dalam pada itu, Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli berharap agar orang ramai berhenti mengecam isterinya itu sebaliknya digantikan dengan sokongan serta komen-komen positif.

    Saya sayangkan isteri saya sangat-sangat. Saya sayang anak saya. Saya tak nak apa-apa jadi sebenarnya.

    Saya mohon sangat pada semua orang, tolong jangan tulis apa-apa yang tak elok pada isteri saya.

    Dia penat kerja, dia stres, dan saya faham benda tu. Terlalu berat sebenarnya untuk dia dan untuk saya nak hadap semua ni. Kalau nak kutuk, kutuk saya saja. Jangan streskan dia. Tolong ya.

    Kalau nak tulis dekat media sosial pun, tulislah yang manis-manis saja. Jangan tambah tekanan pada dia. Saya mohon sangat.

    Mahkamah kemudiannya menetapkan 19 November depan sebagai tarikh baharu untuk sebutan semula kes.

    Difahamkan, kes tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, iaitu permohonan perceraian dengan alasan tiada persefahaman antara suami isteri.

    Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober lalu, manakala prosiding pertama berlangsung pada 22 Oktober, sebelum disambung semula pada pagi Selasa.

    Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.


    The post [VIDEO] Peguam Mewakili Uqasha Senrose Tarik Diri, Kamal Adli Mohon Netizen Henti Kecam Isteri first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah