26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 2, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Nia Atasha Tidak Sorok Percintaan Dengan Sky Iskandar, Profesional Bekerja Tanpa Rasa Cemburu

    Shopee Sale



    Pelakon dan model, Nia Atasha menyatakan tidak perlu untuk merahsiakan hubungan percintaan dengan pelakon meningkat naik iaitu Sky Iskandar.

    Tak perlu rahsia

    Walau bagaimanapun, Nia berkata keterbukaan mengenai hubungan mereka itu bukanlah bererti dia mahu menunjuk kepada khalayak ramai.

    Tambah Nia, dia dan Sky juga sangat profesional serta tidak mempunyai masalah jika perlu bekerjasama dalam satu naskhah yang sama.

    Kami sedang menjalani penggambaran untuk sebuah filem yang turut dibintangi Meerqeen, Elizabeth Tan dan Daiyan Trisha.

    Dalam hal kerja kami sangat profesional mungkin kerana masing-masing sudah ada pengalaman dalam industri.

    Sebelum ini kami pernah bekerja bersama sebagai model, jadi tak ada masalah untuk bekerja sekali lagi dalam filem pula.

    Nia berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem ‘Soloz: Game Of Life’ bertempat di GSC, The Starling pada Isnin.

    Nak fokus karier

    Ketika ditanya mengenai perancangan untuk berkahwin, pelakon berusia 28 tahun mengakui ada berbincang bersama Sky mengenai fasa seterusnya dalam perhubungan.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Puji Adira & Datin Red Hadir Majlis Tunang Anak Saudara Datuk Red – ‘Nampak Keindahan Bila Berbaik’

    Namun begitu, mereka berdua mahu memberikan fokus pada kerjaya terlebih dahulu.

    Setiap pasangan yang bercinta mesti ada hala tuju dalam perhubungan tapi saya dan Sky mahu lebih fokus pada kerjaya terlebih dulu.

    Dalam soal kerja pun tiada istilah cemburu. Rasa cemburu itu tidak perlu timbul, asalkan kami pandai jaga diri, hati dan perasaan orang serta tahu batas itu sudah cukup.

    Kami pun dah besar dan matang, cuma kena pandai jaga diri dan terus kekal profesional.

    Terbaharu, Nia muncul menerusi filem terbaharu arahan Syafiq Yusof yang berjudul ‘Soloz: Game Of Life’.

    Selain Nia, filem yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam malam ini turut dibintangi pelakon hebat lain seperti Hun Haqeem, Noki K-Clique, Syafie Naswip dan ramai lagi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah