29.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Netizen Tegur Utamakan Pendidikan Agama Anak Daripada Duniawi, Ananda Natasha Respon – ‘Jaga Kain Sendiri’

    Shopee Sale

    Personaliti media sosial, Ananda Natasha ditegur netizen agar lebih menumpukan perhatian kepada pendidikan agama anaknya, Alisha Puteri daripada terlalu leka dengan keseronokan dunia.

    Artikel Berkaitan: ‘Anak Sumbing Sebab Kau Banyak Cakap Pasal Orang’ – Ananda Natasha Kecewa Kawan Buruk Sangka

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ananda Natasha Tak Putus Solat Tahajud, Mohon Keajaiban Buat Anak

    ‘Jangan lupa…’

    Menerusi perkongsian di TikTok, Ananda Natasha atau lebih mesra disapa Tasha kelihatan melakukan video trend bersama Alisha.

    Dalam hantaran itu, Alisha tampil bersahaja dengan gaya comel dan tidak kekok apabila berada di hadapan kamera.

    Bagaimanapun, perkongsian itu menerima reaksi kurang senang daripada sebilangan netizen yang mendakwa Tasha kurang memberi pendedahan agama kepada anaknya.

    Jangan lupa ajar anak mengaji. Hidup ini bukan di dunia saja tapi akhirat yang kekal.

    Komen itu kemudiannya mendapat perhatian Tasha dan turut dibalas dengan mengingatkan agar tidak terlalu cepat membuat penilaian.

    Tiber (tiba-tiba saja). Jangan lupa dah tua-tua tu beribadah saja jangan mengira (hakimi) hidup orang.

    Jaga kain sendiri, okay?

    Menerusi tinjauan , ramai netizen mempertahankan Tasha dan menegaskan agar tidak membuat andaian tentang cara dia membesarkan anaknya.

    MENARIK:  [OHKASIH] Ramadan Lebih Bersih & Bermakna Bersama Clorox

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Netizen Tegur Utamakan Pendidikan Agama Anak Daripada Duniawi, Ananda Natasha Respon – ‘Jaga Kain Sendiri’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah