30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Netizen Kagum MK K-Clique Baca Al-Quran Sebelum Persembahan AJL39 – ‘Sempat Dia Mengaji Ketika Bersolek’

    Shopee Sale



    Penyanyi MK K-Clique meraih perhatian warganet kerana membaca ayat suci Al-Quran sebelum memulakan persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) baru-baru ini.

    Persediaan AJL39

    " data-video-id="7472377338320178439" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px; min-width:325px;">
    @zulyasrani1

    AJL39 RISIKO ? Makeup/Hair @hairiwhuut @meerflymusic by @zulyasrani Styling : @hakimieridzuann @arif.khidin Cc : @aimanmunier @syzwnismadi • • #ajl39 #risiko #nakgroomingcarizulyasrani #nikah #reception #MansGrooming #MansMakeup #barberlife #barberZulyasrani #fyp #grooming #groomstyling #weddinggroom #groomingwedding #groomingbyZulyasrani #groomstylingbyzulyasrani

    ? original sound – Zulyasrani – Zulyasrani

    Menerusi hantaran di TikTok, seorang jurusolek yang dikenali sebagai Zulyasrani telah memuat naik video momen ketika MK dan gandingannya Meerfly sedang didandan.

    Paling menarik perhatian, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dilihat sedang membuka aplikasi Al-Quran di telefon bimbitnya.

    MK baca Al-Quran

     

    View this post on Instagram

    A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan penyanyi rap berusia 29 tahun itu yang mengisi masa dengan membaca Al-Quran.

    Suka tengok MK baca Al-Quran masa sedang bersolek.

    MK sempat mengaji sebelum persembahan.

    Bagus MK baca Al-Quran dulu sebelum ke pentas.

    Dalam masa yang sama, mereka juga memuji MK yang menggunakan khidmat jurusolek lelaki.

    MENARIK:  Marsha Milan Bakal Terbang Ke China, Bawa Budaya Sabah Ke Pentas Antarabangsa

    Terdahulu, MK bersama Benzooloo, Ghidd Isobahtos, Meerfly dan Tuju merupakan salah seorang finalis di pentas AJL39.

    Pada malam yang penuh berprestij itu menyaksikan lagu Hening Rindu ciptaan komposer terkenal, Ikhwan Fattana dan Wan Salleh yang dinyanyikan oleh Marsha telah dinobatkan sebagai juara.

    Manakala naib juara dimenangi oleh Nadeera Zaini menerusi lagu Bukan Lagi Kita dan tempat ketiga disandang oleh kumpulan Akim & The Majistret yang membawa lagu Saksama.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah