29.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Nadeera Perjelas Dakwaan Ambil Bahan Terlarang Penyebab Badan Makin Langsing – ‘Sampai Sekarang Saya Tak Sentuh Air Bergula’

    Shopee Sale



    Penyanyi Nadeera menepis dakwaan menggunakan bahan terlarang untuk memiliki berat badan ideal.

    Bersenam & diet

    Ketika ditemui , Nadeera atau nama lengkapnya Farah Nadeera Zaini menjelaskan bahawa berat badannya berjaya diturunkan sebanyak tiga kilogram selepas melakukan senaman secara berterusan dan mengamalkan diet.

    Saya memang tidak ambil apa-apa makanan tambahan ataupun dadah, saya kurus sebab bersenam dan jaga makan.

    Kalau ikutkan tiadalah banyak sangat tetapi nampak berisi sebab saya rendah.

    Tinggi saya hanyalah 145 sentimeter dan berat badan badan dahulu 46kg turun kepada 43kg.

    Menurut penyanyi berusia 31 tahun tersebut, dia mengambil masa tiga bulan untuk memiliki penampilan langsing itu.

    Saya ambil masa dalam tiga bulan untuk turunkan berat.

    Sampai sekarang saya tak sentuh air bergula dan ambil coklat bila badan terasa lemah.

    Nadeera berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Futureland Festival yang berlangsung di The Boulevard St. Giles Hotel, Kuala Lumpur pada Khamis.

    MENARIK:  Kikan Dedah Pernah Benci Dikaitkan Dengan Cokelat Band – ‘Mati-Matian Saya Cuba Melepaskan Diri’

    Nadeera nekad

    nadeera

    Pelantun lagu Bukan Lagi Kita itu mengakui nekad menurunkan berat badan berikutan hinaan dan kecaman yang diterimanya sebelum ini.

    Dulu orang cakap tak cantik dan samakan muka dengan binatang. Itu yang buat saya nak sangat kurus.

    Sebenarnya tak boleh puaskan hati semua orang, bila dah kurus pun ada yang cakap benda tak menyeronokkan.

    Dalam perkembangan lain, Nadeera bakal menyertai festival muzik tersebut bersama-sama barisan penyanyi lain antaranya Kugiran Masdo, Wani Kayrie, Tuju, Zynakal, Fimie Don dan Hael Husaini.

    Terdahulu, Nadeera mendedahkan dia pernah mendapat kecaman teruk daripada warganet sehinggakan ada yang sanggup menghina rupa parasnya seperti haiwan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah