Di TikTok, tular satu video menyentuh hati memaparkan pakar motivasi terkenal, Datuk Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang menyuapkan makanan kepada sembilan adik-beradiknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Cinta Boleh Pudar & Sirna, Tapi Rasa Belas Kasihan Takkan Padam’ – Fadzilah Kamsah
Sebak suap adik-beradik makan
Menerusi hantaran yang dibuat wanita dipercayai adik kepada Fadzilah iaitu Zakiah Kamsah, dapat dilihat mereka sekeluarga duduk berbaris di atas kerusi dalam sebuah majlis perkahwinan.
Sedang mereka duduk, Fadzilah yang berbaju Melayu berona biru kemudiannya bangun sebelum menyuapkan juadah pulut kuning ke mulut setiap seorang daripada adik-beradiknya.
Dapat dilihat, pakar motivasi berusia 74 tahun itu tidak dapat menahan sebak lalu menitiskan air mata.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tersentuh mereka sewaktu melihat keakraban 10 beradik itu.
Komen netizen



Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Momen Sebak Fadzilah Kamsah Suap Adik-Beradik Pulut Kuning Runtun Hati Netizen first appeared on OHBULAN!.