Seorang remaja sebak apabila mengenang nasib dibuang ibu dan ayah kandung demi kebahagiaan mereka dalam memilih pasangan hidup.
Artikel Berkaitan: Gara-Gara Ada Suami Baru, Ibu Sanggup Buang Anak 2 Tahun Ke Rumah Kebajikan
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Remaja Mohon Ayah Datang Ambil, Dakwa Ibu Kandung Dah Buang – ‘Fatin Rindu Dengan Bapa’
Dibuang ibu ayah kandung
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang remaja dari rumah Titian Kasih Al-Inayah akui lebih gembira di samping ibu angkat yang memberi kasih sayang sepenuhnya.
Keluarga susah nak jaga.
Mak saya dah ada ayah tiri.
Ayah saya pun sama, dia ada ibu tiri dah.
Dulu abang duduk sekali di sini dengan saya. Tapi sekarang abang dah keluar, dia duduk dengan ibu.
Duduk sini, Ummi macam ibu saya sendiri.
Ummi hantar kami pergi sekolah, bawak jalan-jalan.
Saya seronok duduk sini sebab banyak kawan.
Dalam pada itu, remaja tersebut berharap agar dapat disatukan semula dengan keluarganya.
Jawab di akhirat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata berang dengan tindakan ibu bapa remaja tersebut yang dianggap tidak bertanggungjawab. Selain itu, warganet turut mendoakan anak yang tidak berdosa itu berjaya di dunia dan akhirat.
Sumber: TikTok @KisahRumahKebajikanMalaysia
The post [VIDEO] Luahan Anak Selepas Dibuang, Harap Dapat Berjumpa Kembali – ‘Mak Dah Ada Suami Baru, Ayah Pun’ first appeared on OHBULAN!.