Personaliti media sosial, Leona berdepan dengan kejadian yang tidak dijangka semasa memandu kenderaan miliknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Leona Beli Kereta Pertama, Nombor Plat Curi Perhatian – ‘Nama Arwah Datuk Dia Pahamin’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Leona Serius Mahu Kahwin Tapi Kecewa Dengan Sikap Lelaki – ‘Kalau Tak Dating Macam Mana Saya Nak Jumpa Jodoh?’
Terlupa tutup
Menerusi hantaran di TikTok, Leona atau nama lengkapnya Kasih Iris Leona Azhar, menceritakan insiden lucu yang dialaminya ketika memandu di lebuh raya.
Saya rasa memandu dan memiliki kereta bukan untuk saya.
Semasa memandu, saya lupa nak tutup port pengecas kereta.
Kelalaian Leona itu disedari oleh beberapa orang pemandu yang bertindak memperlahankan kenderaan untuk memaklumkan kepadanya.
Dalam sepuluh buah kereta bergerak perlahan dan turunkan tingkap untuk beritahu saya.
Tapi saya pula fikir, mereka sangat tak beretika nak tegur saya atas lebuh raya ini.
Saya keliru, kenapa mereka ingat saya nak buat meet and greet tengah jalan ni?
Memandu sejam

Anak kepada aktor Azhar Sulaiman itu kemudian menyedari tentang perkara tersebut selepas seorang pemandu e-hailing memaklumkan kepadanya.
Saya terus jalan macam biasa sampailah seorang pemandu e-hailing memandu sebelah saya dan beritahu port pengecas kereta terbuka.
Baru saya sedar rupanya saya lupa nak tutup! Saya dah memandu sejam dengan benda tu terbuka.
Terima kasih abang, sudah selamatkan nyawa saya.
Lepas tu saya kena berhenti dekat lebuhraya, keluar dari kereta dan tutup port pengecas itu.
Terdahulu, Leona berkongsi berita gembira apabila berjaya membeli kereta pertamanya iaitu Proton e.MAS 7.l pada usia 23 tahun.
Bukan sahaja pemilihan warna merah jambu yang menjadi sorotan warganet tetapi nombor plat kenderaan tersebut iaitu ‘PHM 1’ turut mendapat perhatian ramai.
Sumber: TikTok Leona
The post [VIDEO] Leona Terlupa Tutup ‘Charging Port’ Kereta, Ramai Pemandu Tegur – ‘Sejam Saya Memandu Dengan Benda Itu Terbuka’ first appeared on OHBULAN!.






