28.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 29, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] Keperibadian Ammar Ahyan Dipuji, Tunaikan Hasrat Budak Sekolah Naik Supercar – ‘Dia Ni Kaya Harta, Kaya Jiwa’

    Shopee Sale

    Seorang pemandu e-hailing baru-baru ini menarik perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman apabila menerima tempahan daripada anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan.

    Artikel Berkaitan: Ammar Ahyan Didakwa Tak Ikut Protokol, Shahida Beri Penjelasan – ‘Dia Nervous Sebab Jadi Yang Pertama Dipanggil’

    Artikel Berkaitan: ‘Cuba Kalau Mereka Tengah Garu Belakang Badan, Saya Pula Rakam’- Ammar Ahyan

    Ammar Ahyan order E-Hailing

    Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, individu yang dikenali sebagai Saudagar Qayyum mengakui terkejut apabila melihat lokasi ‘pickup’ pelanggan tersebut di Aliff Syukri Palace iaitu kediaman usahawan terkemuka itu.

    MENARIK:  Dynas Mokhtar Syukur Dapat Semula Wang Lesap, Rugi Hampir RM60,000

    Pemandu itu menceritakan, setibanya di lokasi, dia melihat Ammar sedang menunggu. Dia pada mulanya beranggapan Ammar mungkin ingin ke kedai atau membuat tempahan untuk pembantu rumahnya.

    Namun tidak lama kemudian, seorang kanak-kanak lelaki yang tidak dikenali masuk ke dalam kenderaannya.

    Bila aku sampai sana, Ammar yang tunggu. Dalam hati aku cakap, mungkin  dia nak pergi mamak atau dia nak order untuk bibik dia.

    Last-last ada seorang budak naik. Lepas tu, aku pun interview lah budak tu dan tanya dia dengan Ammar berkawan ke? tapi budak tu cakap bukan.

    Keperibadian Ammar dipuji

    " data-video-id="7564676044066704647" data-embed-from="oembed" style="max-width:605px;min-width:325px">
    @qayyumridzuan1

    Betul2 kaya jiwa dan budi bahasa budak ni mmg terbaik.

    ♬ original sound – Saudagar Qayyum – Saudagar Qayyum

    Rupa-rupanya kanak-kanak itu pernah terserempak dengan Ammar di sekolah dan pernah menyatakan hasrat untuk menaiki kereta mewah milik Ammar.

    Pada ketika itu, Ammar menolak dengan baik kerana kesuntukan masa.

    Tidak berputus asa, dia sekali lagi mencuba menghubungi Ammar menerusi media sosial dan bertanya jika dia boleh menaiki kereta mewah tersebut.

    Tanpa disangka, Ammar bersetuju untuk menunaikan impian kanak-kanak tersebut.

    Ammar siap pickup budak tu dekat surau lepas habis sembahyang Jumaat dan bawa ronda-ronda.

    Susulan daripada itu, Qayyum sempat memuji keperibadian Ammar yang sanggup meluangkan masa untuk menggembirakan seorang kanak-kanak yang langsung tidak dikenalinya.

    Kau tak kenal pun budak tu Ammar, tapi engkau punya baik layan orang. Siap bawa naik Porsche kereta baru kau tu.

    Jadi inilah antara orang yang kaya, kaya jiwa, kaya harta. Berbudi bahasa. Baiklah budak ni.

    Sementara menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji sikap Ammar yang tidak sombong dan sentiasa merendah diri dengan orang sekeliling.

    Sumber: TikTok

    The post [VIDEO] Keperibadian Ammar Ahyan Dipuji, Tunaikan Hasrat Budak Sekolah Naik Supercar – ‘Dia Ni Kaya Harta, Kaya Jiwa’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah