Pelakon Kamal Adli hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur berhubung prosiding kedua perceraian bersama isterinya, Uqasha Senrose.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Uqasha Senrose Mohon Maaf, Akui Khilaf – ‘Saya Tak Fikir Panjang, Terlalu Marah, Sedih & Letih’
Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Harap Kamal Adli Beri Kerjasama, Peguam Dedah Tiada Pujukan
Masih sayang
View this post on Instagram
Ketika ditemui , Kamal atau nama penuhnya Ahmad Kamal Ahmad Adli akui masih sayangkan keluarga kecilnya.
Tambah pelakon filem Takluk: Lahad Datu ini lagi, dia tidak sangka pengakhiran rumah tangga berakhir di mahkamah.
Saya datang dengan niat baik, saya nak selamatkan.
Memang tanggungjawab saya untuk datang hari ini.
Hari itu saya tak dapat nak datang sebab saya ada masalah sikit. Saya jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan seorang ayah.
Insya-Allah doakan saja yang terbaik.
Saya gementar sebenarnya, saya tak pernah sampai di tempat tempat macam ini. Jadi, saya masih overcome perkara ini.
Perkara ini sangat tak best untuk saya. Saya tak happy pun untuk sampai sini sebenarnya.
Kamal berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur, pada Selasa.
Disekat
Menjawab pertanyaan mengenai komunikasi dengan Uqasha, Kamal memaklumkan bahawa dirinya telah disekat dan tidak dapat menghubungi isterinya.
Saya berkomunikasi melalui peguam. Ada sekatan-sekatan yang dilakukan, susah nak dihubungi bermula dari 27 September. Saya faham la perempuan merajuk.
Saya memang tak okay. Saya tak sangka pengakhiran saya sampai ke sini. Saya sayang sebenarnya.
Kami hanya surat menyurat. Macam zaman dulu, mungkin saya hantar pakai burung.
Difahamkan, prosiding pada Selasa merupakan sebutan kedua kes perceraian pasangan berkenaan selepas ditangguhkan pada 22 Oktober lalu.
Sebelum ini, kisah rumah tangga Uqasha dan Kamal menjadi perhatian ramai apabila aktres berusia 33 tahun itu memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya pada 1 Oktober lalu.
Pada prosiding terdahulu, Uqasha memberitahu kepada media dia sudah hilang sabar dan tiada persefahaman menjadi punca mengambil keputusan untuk berpisah.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia 18 bulan.
The post [VIDEO] Kamal Adli Masih Sayang Rumah Tangga, Tak Sangka Berakhir Di Mahkamah – ‘Saya Tak Gembira Sampai Sini’ first appeared on OHBULAN!.



# #kes #cerai #uqashasenrose #kamaladli

