Penyanyi Ina Naim telah dihujani dengan pelbagai komen dan mesej daripada warganet yang menggesa supaya menegur anak sulungnya, Ehmad Hadie Elfardie.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hadie Dakwa Pernah Jadi Mangsa Buli, Dedah Arwah Bapa Tidur Tak Nyenyak – ‘Saya Dicampak Dalam Kolam Ikan Keli’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hadie Mohon Maaf, Minta Netizen Henti Kecam Ina Naim – ‘Ibu Buat Semua Itu Sebab Saya’
Peranan ibu bapa
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Ina atau nama lengkapnya Nor Diana Mohd Naim, mengakui sebagai seorang ibu dia tidak pernah bersikap lepas tangan untuk menegur kekhilafan anak-anaknya.
Sedih bila baca, setiap hari ada sahaja yang akan DM tulis begini, ‘anak tak boleh jadi begitu, tak boleh suap-menyuap.’
Saya tegur, sebab daddy dia tak akan cakap sebab dia sangat hormat pada anak-anak arwah (Suhaimi Saad).
Ibu dia yang kena tanggung semua, sebab tu ibu dia ni tegur dan bercakap.
Saya ada balas komen, ‘kalau arwah ayah dia ada, dia dah kena baling kerusi, rotan, sepak dan terajang.
Ibu sebagai pelindung, menjaga dan menyayangi. Tapi bila ayahnya tiada, ibu lah yang akan ambil tugas itu namun tak sampai ke tahap memukul.
Menurut Ina, teguran dan bebelan yang diberikan bukan bertujuan untuk mengongkong, sebaliknya demi membentuk keperibadian anak yang sedang membesar.
Remaja mana yang suka kena bebel? Apa lagi yang perlu saya buat? Takkan saya nak kurung dia dalam bilik jangan jumpa sesiapa.
Dia anak lelaki, nanti dia akan kahwin, ada tanggungjawab dan bekerja.
Saya masukkan dia dalam industri ini supaya dikenali tapi yang bagi viral dan popular adalah Allah.
Dia bukan budak-budak lagi, sudah boleh berfikir dengan akal fikiran yang waras.
Saya bercakap dan membebel untuk Hadie sahaja bukan untuk orang lain.
Nasihat untuk Hadie

Dalam masa yang sama, Ina juga kerap menasihati Hadie supaya menjaga batas terutama ketika bersama rakan-rakan, selain memohon doa perlindungan kepada Allah SWT.
Setan ada di mana-mana, sekelip mata sahaja boleh rosakkan orang.
Sedangkan ustaz, berjubah, berkopiah pun boleh berubah apatah lagi anak yang masih muda.
Itu yang saya pesan pada Hadie supaya dia fikir.
Sebab itu Hadie bila keluar akan bertiga dan pakai baju berlengan panjang. Siap sedia, benda-benda pelik boleh berlaku.
Bukan setakat nasihat tetapi doa untuk anak-anak, moga Allah lindung dari maksiat.
Selain itu, Ina mengambil pendekatan dengan memenuhi jadual Hadie dengan aktiviti seni yang bermanfaat untuk mengelakkan dari sebarang spekulasi negatif.
Apa yang saya buat adalah penuhkan mereka dengan aktiviti sebab tu saya terima sahaja show yang ada.
Bila dia sibuk, mereka takkan akan kerap berjumpa dan terhindar dari fitnah tetapi saya tahu mereka ada niat dan cara untuk menaikkan nama mereka demi busines.
Jangan menghukum, tetapi mana yang tak betul tetap salah dan saya sudah pun menasihati.
Trio Mutt ada perancangan mereka, sekarang mungkin tak nampak. Nanti insyaAllah akan ada sesuatu yang baik.
Terdahulu, hubungan akrab antara Auddra Zulkifli atau Odah, Ammar Haikal dan juga Hadie semakin mendapat perhatian ramai selepas menyertai program nyanyian Talk To My Manager.
Difahamkan persahabatan mereka turut dikenali sebagai sebagai Trio Mutt.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] Ina Naim Sudah Tegur Jaga Batas, Doa Hadie Dijauhi Maksiat – ‘Takkan Saya Nak Kurung Dia Dalam Bilik?’ first appeared on OHBULAN!.



p/s: netizen pls jangan lebih lebih. yang sampai dm kak ina bgtau kenapa nasihatkan anak dlm live..kenapa anak mcm tu kenapa macam ni… Kalau nak nasihat korang dm hadie terus. kak ina sebagai ibu dia dah tegur & nasihat. tak perlulah asyik nak dm mengadu itu ini
. hmm sedih tau tgk live tadi
untuk kak @INA SUHAIMI semoga terus kuat ya
untuk hadie, ‘moga tak diuji asyik cinta duniawi..’ #fyp #inanaim 

