Seorang wanita yang juga ibu tunggal tetap berusaha keras dengan menjalankan perniagaan burger untuk menampung perbelanjaan keluarganya.
Artikel Berkaitan: ‘Ibu Tunggal Bukan Lemah, Dia Memilih Untuk Kuat Di Saat Pilihan Lain Tidak Wujud’ – Rita Rudaini
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Warga Emas Usia 71 Tahun Tetap Gigih Jadi Penghantar Makanan – ‘Hari Raya Pun Saya Kerja’
Kehilangan suami
Menerusi perkongsian di TikTok Storie.my, wanita tersebut berkata, dia dan anak sulungnya merupakan tunggak utama keluarga selepas suaminya meninggal dunia.
Selepas hantar anak saya ke sekolah, saya akan siapkan barang untuk berniaga.
Disebabkan saya ibu tunggal, jadi saya kena buat semua.
Selepas suami saya meninggal, anak sulung saya, Danesh yang ambil alih (berniaga).
Menurut wanita itu, arwah suaminya meninggal tanpa diduga akibat serangan jantung dan kehilangannya memberikan kesan mendalam terhadap mereka sekeluarga.
Arwah meninggal kerana serangan jantung. Sehari sebelum meninggal dunia, dia masih okay.
Doktor telefon saya beritahu suami sudah tiada. Pergi hospital saya nampak suami saya sudah terbaring.
Pernah sampai satu tahap saya terduduk dalam bilik dan menangis.
Kami selalu ke mana sahaja berdua, tiba-tiba dia pergi.
Demi anak-anak

Walau bagaimanapun, wanita berkenaan tetap tabah untuk meneruskan kehidupannya dengan menjadikan anak-anak sebagai sumber kekuatan.
Anak-anak adalah kekuatan untuk saya meneruskan hidup. Mereka banyak membantu.
Danesh pernah minta pada saya untuk bekerja dan tak perlu sekolah tetapi saya kata tidak boleh.
Dia baru sahaja berusia 16 tahun tapi dia sudah tahu macam mana penat nak cari duit.
Mereka (anak-anak) sudah dewasa sebelum usia.
Kadang-kadang kalau nak cuti, dia akan kata, ‘kalau kita cuti nanti kita nak makan apa? Adik-adik nak pergi sekolah ada duit ke?’
Saya nak buat apa pun fikir anak. Impian saya nak bahagiakan mereka.
Sumber: TikTok Storie
The post [VIDEO] Ibu Tunggal & Anak Cekal Berniaga Burger Selepas Kematian Suami – ‘Kalau Cuti, Adik-Adik Nak Sekolah Ada Duit Ke?’ first appeared on OHBULAN!.



11, Jalan BK 6F/3A, 47180 Puchong Selangor #storiemy #malaysia #work 

