Pelakon dan penyanyi terkenal, Bella Astillah meluahkan rasa simpati terhadap kes rumah tangga yang berleluasa di media sosial.
Kejujuran itu penting
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Astillah berkata, kejujuran merupakan sikap yang penting dalam sesebuah hubungan.
Sekarang ini kita lihat ramai sangat orang tersakiti di media sosial, tak kisah suami ataupun isteri.
Sebenarnya sangat sedih dan kita simpati. Kita hanya mendoakan kehidupan masing-masing.
Curang adalah pilihan bukan takdir.
Kalau kita ada pasangan, jangan lah buat sesuatu yang tak baik itu secara senyap.
Bagitahu saja pada pasangan kalau dah tak boleh nak teruskan hubungan itu. Lebih baik jujur.
Saya seorang yang sangat sukakan kejujuran.
Peluk Bella
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat pelantun lagu ‘Berpisah Lebih Indah’ itu mengenai kejujuran dalam sebuah hubungan. Selain itu, warganet turut mendoakan agar Bella menjumpai kebahagiannya selepas gagal dalam rumah tangga pertama.