Pemergian bapa kepada penyanyi popular Ziana dan Anuar Zain iaitu Zain Abdullah turut meninggalkan kesan mendalam terhadap pengacara terkenal, Azwan Ali.
Artikel Berkaitan: ‘Tiada Lagi Doa Daripada Seorang Ayah, Itu Buat Saya Sedih’ – Ziana Zain
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anuar Zain Dedah Arwah Ayah Hidap Kanser Prostat, Syukur Proses Pengurusan Jenazah Dipermudah
Keperibadian arwah

Ketika ditemui , Azwan atau nama lengkapnya Mohamed Azwan Ali, 59, berkata, pada awalnya dia tidak menyangka tentang berita pemergian arwah sehinggalah dia bertanya sendiri dengan Ziana.
Pak Zain seorang ayahanda yang hebat, dia seperti ikon.
Saya pun pernah mengenali dia, jadi semasa saya dapat tahu dia sudah tiada hati saya sangat tersentuh.
Ketika itu saya sedang buat siaran langsung dan ada komen mengatakan Pak Zain sudah meninggal dunia.
Pada mulanya saya ingatkan itu hanyalah khabar angin daripada netizen.
Kemudian saya sendiri menghantar WhatsApp kepada Ziana dan bertanyakan tentang perkara tersebut. Dia mengesahkan kepada saya bahawa bapanya sudah tiada.
Saya cakap dekat Ziana, tak mengapa..Allah sayangkan dia (Zain).
Dalam masa yang sama, Azwan turut menyifatkan arwah sebagai seorang bapa yang menyayang.
Saya rasa dia seperti seorang bapa, malahan dia juga bapa kepada dua orang penyanyi yang berbakat besar.
Saya tergerak hati untuk menguar-uarkan kepada orang ramai kerana saya pernah dekat dengan dia.
Azwan berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama bersiri Hello Bam Bam yang berlangsung di KopiHut Sri Rampai, Kuala Lumpur pada Rabu.
Kenangan bersama

Bercerita lanjut, Azwan berkata, dia tidak akan pernah melupakan momen bersama arwah iaitu semasa meminta izin untuk keluar bersama Ziana.
Momen yang paling saya tidak dapat lupakan adalah ketika saya ajak Ziana dating. Saya dapatlah merasa minta izin dekat Pak Zain.
Pak Zain kata, ‘pergilah nak, jaga Ziana.’
Itu akan menjadi kenangan untuk saya kerana ia tak akan mungkin berulang.
Bila saya bergurau pun kadang-kala nama Pak Zain yang naik. Bila dia tiada, gurau senda pun tak ada juga.
Kita kena menghormati dia dengan sedekahkan Al-Fatihah.
Dalam perkembangan lain, Azwan memegang watak sebagai Deddy di dalam drama Hello Bam Bam yang bakal bersiaran di aplikasi TikTok tidak lama lagi.
Selain Azwan, drama yang berkisarkan tentang isu kesihatan mental itu turut dibintangi oleh Syafie Naswip, Maria Farida, Sofi Jikan, Kodi Rasheed, Abang Aji dan ramai lagi.
Terdahulu, arwah Zain menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun di kediamannya di Kayangan Heights, Shah Alam, pada 26 Ogos lalu.
Arwah juga disahkan menghidap kanser prostat sejak Disember lalu dan keadaan kesihatan dilaporkan semakin merosot.
The post [VIDEO] Azwan Ali Sayu Kenang Arwah Bapa Ziana & Anuar Zain – ‘Saya Tak Boleh Lupa Momen Minta Izin Keluar Dating’ first appeared on OHBULAN!.





